Skip to main content

Selebriti

Big Stage Rocketfuel: Aliff Kimiey Pertahan Marsya Q - “Dia Penyanyi Yang Bagus, Banyak Beri Tunjuk Ajar”

Aliff Kimiey

Sekilas

  • Aliff Kimiey puji Marsya Q sebagai penyanyi hebat yang banyak membantu dalam latihan persiapan konsert minggu kelima Big Stage X Rocketfuel.
  • Aliff menafikan dakwaan Marsya menjadi punca masalah persembahannya dan menegaskan mereka saling menyokong dan memperbaiki persembahan bersama.
  • Konsert minggu kelima menyaksikan Adam Nazmie di tangga pertama, manakala Aliff, Danny dan Yad-Z berada di tiga terbawah tetapi tiada penyingkiran dilakukan.
Advertisement

Bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Aliff Kimiey mengakui pasangan duetnya iaitu penyanyi, Marsya Q banyak membantu sepanjang mereka menjalani sesi latihan bagi mempersiapkan diri untuk membuat persembahan di konsert minggu kelima.

Menurut Aliff, Marsya merupakan seorang penyanyi yang bagus dan sememangnya layak bergelar juara program Talk To My Manager (TTMM) musim pertama.

Advertisement

“Sejujurnya yang saya boleh cakap Marsya adalah penyanyi yang bagus jadi dia memang layak jadi juara Talk To My Manager.

“Dia banyak beri tunjuk ajar sepanjang seminggu kami berlatih bersama, dia ajar apa yang boleh apa yang tidak dan kami satukan idea kami bersama,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aliff juga turut menafikan dakwaan yang mengatakan Marsya menjadi punca atau menjejaskan persembahannya ketika mereka bergandingan di pentas.

Sebaliknya, Aliff menyifatkan Marsya sebagai rakan duet yang banyak memberi sokongan dan membantu dirinya memperbaiki kelemahan sepanjang tempoh persiapan persembahan.

“Dia banyak membantu juga daripada segi persembahan saya, vokal dan sebagainya, kami tolong antara satu sama lain.

“Tidak, Marsya tidak merosakkan persembahan saya, dia penyanyi yang bagus,” tegasnya.

Terdahulu, ada segelintir netizen mendakwa Marsya nampak sedikit ‘kurang memberi’ sewaktu melakukan persembahan bersama Aliff.



Konsert minggu kelima edisi Big Stage X Rocketfuel menyaksikan Adam Nazmie menduduki tangga pertama dengan markah sebanyak 79.50 peratus.

Nasib kurang menyebelahi Aliff Kimiey, Danny dan Yad-Z apabila nama mereka diumumkan berada dikedudukan tiga terbawah.

Namun, Aliff, Danny dan Yad-Z bagaimanapun mampu menarik nafas lega selepas diumumkan tiada penyingkiran untuk minggu kelima. 

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva,  saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Must Watch Video

Advertisement