Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: Danial Chuer Terbuka Terima Kritikan, Nafi Cuba ‘Overshadow’ Persembahan - “Mereka Tak Akan Bising Kalau Ranisha…”

Danial menegaskan segala aspek persembahan mereka, termasuk susunan vokal, muzik dan elemen tambahan yang dilakukan di atas pentas, telah dibincangkan serta mendapat persetujuan bersama.

Sekilas

  • Danial Chuer tidak ambil hati dengan kritikan netizen yang kata dia cuba menenggelamkan Ranisha dalam persembahan duet mereka.
  • Mereka telah berbincang dan bersetuju bersama tentang susunan vokal dan elemen persembahan sebelum naik pentas.
  • Danial gembira dapat berduet semula dengan Ranisha selepas 13 tahun dan fokus untuk menikmati pengalaman serta menghiburkan penonton.
Advertisement

Penyanyi dan penyampai radio, Danial Chuer mengakui tidak ambil hati selepas menerima kritikan daripada netizen yang mengatakkan dia cuba menenggelamkan pasangan duetnya, Ranisha. 

Menurut Danial, istilah tersebut bersifat subjektif kerana bergantung kepada pandangan setiap individu yang menilai sesuatu persembahan.

Advertisement

Bagaimanapun, Danial menegaskan segala aspek persembahan mereka, termasuk susunan vokal, muzik dan elemen tambahan yang dilakukan di atas pentas, telah dibincangkan serta mendapat persetujuan bersama.

“Sebenarnya mereka tak akan bising kalau Ranisha nombor satu. Tapi untuk saya, terma overshadow itu subjektif. Subjektif kepada yang melihat tapi of course, orang kata ada perkara yang di luar kawalan. 

“Semua benda yang kita buat dekat atas pentas dengan Ranisha, vocal arrangement daripada susunan muzik dan semuanya dapat mutual agreement. Sebelum saya buat apa-apa pun, saya akan tanya Ranisha. Sebelum saya nak buat adlibs atau apa-apa, saya akan tanya macam, ‘kau okay kalau aku buat begini?’”

“Selepas persembahan tamat, kami berterima kasih antara satu sama lain sebab memberikan yang terbaik,” katanya kepada Gempak. 

Dalam pada itu, Danial berkata dia terbuka untuk menerima segala komen dan kritikan yang diberikan oleh penonton kerana menyedari proses pembelajaran dalam bidang seni tidak pernah berakhir.

“Saya menerima semua kritikan dalam cara yang sangat baik. Sebagai performer, saya kena sentiasa terbuka dan menerima teguran.”

“Bukan bermaksud saya buat semua benda dengan sempurna. Ada benda yang saya buat mungkin terlepas pandang, dan itu perkara biasa sebagai seorang performer.”

“Kalau sebelum ini sebagai battle, kita hajar sahaja dan beri yang terbaik. Tapi saya berterima kasih kepada semua yang ingatkan saya tentang peranan saya sebagai duet partner,” ujarnya. 

Mengulas mengenai peluang kembali berduet bersama Ranisha selepas 13 tahun, Danial berkata perkara paling penting bagi mereka adalah menikmati pengalaman berada di atas pentas bersama-sama.

Menurutnya, mereka mahu menghidupkan kembali kenangan lama dan memberikan persembahan yang mampu menghiburkan penonton.

“Sebenarnya itu yang kita paling fokuskan. Kita nak enjoy atas pentas. Kita nak menggamit balik kenangan 13 tahun lepas. Rindu bila dapat kembali atas pentas dengan orang yang saya pernah berduet 13 tahun lepas. Rindu itu macam terubat dan kami berdua sangat gembira,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement