Sekilas
- Danny, Aliff Kimiey dan Yad-Z selamat daripada penyingkiran minggu kelima walaupun berada di tiga terbawah markah juri.
- Adam Nazmie menduduki tangga pertama selepas persembahan lagu Da Bomb yang mendapat pujian juri.
- Big Stage X Rocketfuel menampilkan 11 peserta yang berentap untuk memenangi kontrak pembangunan artis bernilai sehingga RM200,000.
Bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Danny, Aliff Kimiey dan Yad-Z mampu menarik nafas lega selepas diumumkan tiada penyingkiran untuk minggu kelima.
Mereka bertiga berada di tangga tiga terbawah selepas mendapat markah terendah daripada juri menerusi persembahan nyanyian
Sementara itu, Adam Nazmie pula berjaya menduduki tangga pertama selepas berjaya menambat hati juri menerusi nyanyian mereka menerusi lagu Da Bomb.
Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.
Seramai 11 peserta bakal bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, Hussain serta duo Adam & Nazmie.
Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.
Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.