Sekilas
- Rieffa diumumkan sebagai peserta ketiga tersingkir pada minggu keempat Big Stage Rocketfuel selepas mendapat markah terendah dalam konsert bertemakan ‘Love Tune’.
- Ranisha menduduki tempat pertama dengan markah tertinggi 74.67% menerusi lagu Nak Dara Rindu, manakala Hussain memenangi anugerah Rocketstar of The Week untuk minggu ketiga.
- Sepuluh peserta bersaing dalam pertandingan lapan minggu dengan hadiah utama kontrak pembangunan artis bernilai sehingga RM200,000, termasuk penghasilan single, latihan vokal, dan bimbingan kerjaya.
Pentas minggu keempat Big Stage Rocketfuel yang baru sahaja melabuhkan tirai pada Ahad menyaksikan Rieffa diumumkan sebagai peserta ketiga yang tersingkir.
Pada konsert yang bertemakan ‘Love Tune’ itu, Rieffa gagal layak ke minggu kelima selepas diumumkan mendapat markah terendah.
Sementara itu, kedudukan pertama menjadi milik Ranisha menerusi lagu Nak Dara Rindu nyanyian Dayang Nurfaizah dengan markah tertinggi iaitu 74.67 peratus.
Sementara itu, Hussain sekali lagi memenangi anugerah Rocketstar of The Week apabila meraih undian online tertinggi bagi minggu ketiga.
Tempat kedua pula menjadi milik Danny manakala Adam Nazmie pula berada di tempat ketiga.
Selain itu, Rieffa, Yad-Z dan Aliff Kimiey menduduki tangga tiga terbawah.
Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.
Seramai 10 peserta bakal bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina serta duo Adam & Nazmie.
Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.
Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.