Sekilas
- Hussain, peserta Big Stage Rocketfuel, mempertahankan keluarganya selepas ada dakwaan bahawa adik-beradiknya cuba menumpang popularitinya di media sosial.
- Seorang pengguna Threads mendakwa ahli keluarga Hussain sering memberi komen dan muncul di media sosial selepas persembahannya, dianggap sebagai usaha meraih perhatian.
- Hussain menjawab bahawa tidak salah jika keluarganya menumpang populariti dan menyatakan kasih sayangnya terhadap mereka, mendapat sokongan netizen.
Bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Hussain mempertahankan ahli keluarganya selepas seorang pengguna Threads mendakwa adik-beradiknya cuba ‘menumpang populariti’ yang diraih menerusi penyertaannya dalam program realiti nyanyian itu.
Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut mendakwa sering melihat ahli keluarga Hussain aktif memberi komen termasuk membalas kenyataan pengarah, Michael Ang di media sosial setiap kali selesai persembahan.
Malah, individu tersebut turut mempersoalkan tindakan mereka yang didakwa sering muncul di media sosial dan menyifatkan ia sebagai cubaan untuk meraih perhatian.
"I perasan kan, ada contestant ni, their siblings cuba nak tumpang populariti adik dia. Tiap kali lepas persembahan Michael Ang komen, elok benar dia pula balas.
"Sikit-sikit pasal adik dia. Bukan bitter, tapi kalau betul nak popular cubalah masuk mana-mana program. Ni tak, menempel kerjanya. Tiap minggu muka dia je ada dekat TikTok," tulis individu tersebut.
Tidak berdiam diri, Hussain tampil membalas kenyataan itu dengan mempertahankan keluarganya.
Malah penyanyi muda itu tidak kisah jika ahli keluarganya cuba menumpang popularitinya.
"Kalau menumpang pun apa salahnya? Biarlah darah daging saya sendiri.
"Maaf sekiranya nampak kasar, tapi di sebaliknya saya sayang korang hihi," tulis Hussain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Naib Juara program Talk To My Manager 2 (TTMM2) itu.
Sumber: Threads