Sekilas
- Hussain dari Big Stage Rocketfuel bersyukur kerana semakin banyak menerima tawaran persembahan luar pertandingan yang memberi manfaat kepada dirinya dan keluarga.
- Beliau menjelaskan bahawa peluang persembahan luar ini sudah dipersetujui sejak di TTMM dan menjadi sumber rezeki tambahan.
- Hussain melihat persembahan luar sebagai latihan untuk mengasah vokal dan meningkatkan keyakinan tanpa menjejaskan prestasi dalam pertandingan Big Stage Rocketfuel.
Bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Hussain meluahkan rasa syukur apabila semakin banyak menerima tawaran membuat persembahan di luar pertandingan.
Menurut Hussain, peluang tersebut bukan sahaja menjadi rezeki buat dirinya malah turut memberi manfaat kepada ahli keluarganya yang sentiasa menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan karier seninya.
“Job luar ni rezeki, Alhamdulillah. Bukan sahaja untuk saya tapi keluarga juga.
“Lagipun semasa di TTMM lagi mereka dah roger saya jadi perkara ini sudah dipersetujui semasa itu lagi,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai kebimbangan sesetengah pihak yang beranggapan persembahan di luar mungkin menjejaskan prestasinya dalam Big Stage Rocketfuel, Hussain mempunyai pandangan yang berbeza.
Katanya, setiap persembahan yang dilakukan sebenarnya menjadi medan latihan untuk terus mengasah vokal dan meningkatkan keyakinan di atas pentas.
“Bagi saya, kalau saya buat show tu ibarat kita buat latihan. Bukannya kita nak simpan suara tu terus tak nyanyi satu minggu.
“Kita kena menyanyi untuk asah lagi, Cuma bezanya dekat Big Stage kita nak kena nyanyi betul-betul sebab ini pertandingan cuma kalau di show untuk fun-fun sahaja, kita tiada juri jadi kita bagi yang terbaik sahaja,” tambahnya.