Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: Improvisasi Tak Kena Tempat? Aisha Retno Minta Peserta Hati-Hati - “Lakukan Semampunya…”

Jelas Aisha, improvisasi bukan bermaksud mengubah keseluruhan lagu sehingga hilang identiti asal, sebaliknya ia perlu menjadi satu elemen tambahan yang mampu menaikkan lagi persembahan.

Sekilas

  • Aisha Retno menasihatkan peserta Big Stage Rocketfuel supaya berhati-hati dalam melakukan improvisasi agar tidak mengubah identiti asal lagu.
  • Beliau mengingatkan peserta supaya menghormati susunan dan jiwa lagu serta menggunakan improvisasi sebagai elemen tambahan yang menaikkan persembahan.
  • Aisha menegaskan pentingnya peserta seperti Yad-Z untuk terbuka menerima pandangan daripada pihak produksi dan tenaga pengajar bagi memperbaiki persembahan mereka.
Advertisement

Juri tetap Big Stage Rocketfuel (BSR), Aisha Retno menasihatkan peserta agar lebih berhati-hati dalam dalam melakukan improvisasi ketika membuat persembahan.

Jelas Aisha, improvisasi bukan bermaksud mengubah keseluruhan lagu sehingga hilang identiti asal, sebaliknya ia perlu menjadi satu elemen tambahan yang mampu menaikkan lagi persembahan.

Advertisement

“Bagi saya penempatan improvisasi itu kita akan sangat-sangat appreciate kalau ia cantik dieksekusi.

“So far, beberapa peserta yang cuba untuk improvise, cuba untuk melaksanakan nada-nada yang berbeza daripada lagu original, semuanya ada yang tak menjadi.

“Improvise, yes, very nice, tapi tak sampai. Saya rasa lakukan semampunya, tetapi just one turning point yang buat kita rasa lagu ni agak berbeza daripada original katanya kepada Gempak.

Tambah Aisha, peserta juga perlu menghormati lagu asal kerana setiap lagu mempunyai susunan dan jiwa tersendiri yang perlu dikekalkan.

Sebagai alumni Big Stage, pengalaman berada dalam pertandingan tersebut membuatkan dia memahami kepentingan memilih bahagian yang sesuai untuk melakukan improvisasi.

Aisha menyarankan peserta supaya tidak segan mendapatkan pandangan daripada pihak produksi dan tenaga pengajar yang disediakan sepanjang pertandingan.

“Saya pernah berada dekat situ, saya pernah improvise lagu, tetapi saya pun tahu mana minit yang patut saya ubah dan mana minit yang patut saya nyanyi lagu asal.

“Minta pendapat daripada production, minta pendapat daripada cikgu. Semua dah tersedia dalam Big Stage, tinggal bertanya sahaja. Jangan pernah malu dan jangan pernah sombongkan diri untuk bertanya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aisha turut berkongsi pandangannya mengenai salah seorang bintang BSR iaitu Yad-Z yang perlu lebih berhati-hati dalam melakukan improvisasi.

Menurutnya, antara peserta yang menarik perhatiannya ialah Yad-Z yang mempunyai potensi besar, namun perlu lebih terbuka menerima pandangan daripada pihak sekeliling.

“Bagi saya, Yad-Z  tu dia ada big potential. Korang tengoklah minggu pertama dia macam mana. Very high potential. I love his voice and everything. Dia memang aura superstar.

“Apabila consultation itu tiada daripada team dia, internal team dan apa, dia boleh jadi rombak, dia boleh jadi serabut,” tambahnya.

Aisha berharap Yad-Z dan semua peserta Big Stage Rocketfuel dapat mengambil teguran tersebut sebagai panduan untuk terus memperbaiki persembahan.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement