Sekilas
- Emran Rijal meluahkan rasa bangga melihat Hussain dinobatkan juara Big Stage Rocketfuel selepas menyaksikan perjalanan dan usaha kerasnya sepanjang pertandingan.
- Emran menyanjung sikap rendah diri, menghormati orang, dan keperibadian baik Hussain yang kekal walaupun dalam keadaan penat dan tertekan.
- Emran memberi pesanan agar Hussain terus kekal menjadi insan yang baik, merendah diri, dan sentiasa mahu belajar dalam perjalanan kariernya.
Pereka fesyen dan usahawan, Emran Rijal meluahkan rasa bangga selepas melihat bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Hussain dinobatkan sebagai juara.
Menerusi hantaran di media sosial, Emran menyifatkan kemenangan Hussain sebagai sesuatu yang cukup bermakna selepas menyaksikan sendiri perjalanan penyanyi itu sejak minggu ketiga sehingga ke pentas akhir.
"Adikku, Hussain, everything started dengan cara yang paling kelakar, bila orang ramai tag abang sebab katanya muka kita sama. Dari satu gurauan kecil dekat media sosial, Allah temukan kita.
“And yesterday, abang tengok sendiri adik abang Hussain dinobatkan sebagai juara Big Stage. Dari minggu ketiga sampai ke final, abang witnessed how you grew. Abang tengok macam mana Hussain bekerja keras, belajar, menerima teguran dan sentiasa cuba untuk jadi lebih baik daripada minggu-minggu sebelumnya.
“Apa yang orang nampak ialah beberapa minit Hussain di atas pentas setiap minggu, tapi abang nampak setiap usaha, penat lelah dan kesungguhan di sebalik setiap persembahan yang Hussain tampilkan,” katanya.
Bagaimanapun, bagi Emran perkara yang paling membanggakannya adalah sikap dan keperibadian penyanyi tersebut.
“Melalui semua itu, perkara yang paling buat abang bangga sebenarnya bukan sekadar bakat atau kemenangan yang Hussain dapat semalam, tetapi lebih kepada siapa Hussain sebagai seorang manusia.
“Hussain seorang yang sangat baik. Sangat menghormati orang, tak kira siapa pun. Daripada orang yang bekerja di belakang pentas sampailah kepada sesiapa sahaja yang Hussain jumpa, Hussain sentiasa tahu cara untuk menghargai orang.
“Dalam keadaan penat, sibuk dan tertekan sekalipun, adab Hussain tak pernah berubah. Dan bagi abang, itulah kemenangan Hussain yang paling besar,” ujarnya.
Mengakhiri perkongsian, Emran menitipkan pesanan supaya Hussain tidak pernah berubah dan terus mengekalkan sifat baik, rendah diri serta menghormati orang lain yang dimilikinya.
“Dan akhirnya, tahniah, juara Big Stage. Jangan pernah hilang Hussain yang abang kenal, yang baik, merendah diri, menghormati orang dan sentiasa mahu belajar.
“Tahniah, Hussain. Abang bangga sangat dengan Hussain. Fly high my brother, this is just the start. I will be with you through it all,” tulisnya mengakhiri ucapan buat Hussain.