Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: “Kalau Nak Guna Air Mata, Saya Dah…” – Yad-Z Nafi Raih Simpati Juri Untuk Ke Finale

Big Stage Rocketfuel: “Kalau Nak Guna Air Mata, Saya Dah…” – Yad-Z Nafi Raih Simpati Juri Untuk Ke Finale

Sekilas

  • Yad-Z menegaskan air mata semasa persembahan Big Stage bukan strategi untuk dapatkan simpati juri.
  • Dia memilih untuk fokus menyampaikan lagu dengan ikhlas tanpa menggunakan kisah sedih sebagai alat perhatian.
  • Emosi Yad-Z tercetus kerana lagu "Fatwa Pujangga" mengingatkan kenangan bersama arwah ibu bapanya.
Advertisement

Bintang Big Stage Rocketfuel, Yad-Z menegaskan air mata yang mengalir ketika membuat persembahan bukanlah satu strategi untuk meraih simpati barisan juri untuk meletakkan dirinya ke pentas akhir.

Menurut Yad-Z, sekiranya dia mahu menggunakan kisah peribadi atau drama air mata sebagai senjata untuk mendapat perhatian, perkara itu sudah lama dilakukannya sejak awal pertandingan.

Advertisement

“Bagi saya kalau saya nak gunakan drama air mata, saya dah boleh guna awal-awal lagi, tapi saya masih lagi ada di tangga tiga terbawah. Sebab itu semua orang kata rezeki.

“Saya ikhlas menyanyi dan malam itu saya nyanyi untuk semua ibu bapa di dunia,” katanya kepada Gempak.

Yad-Z berkata, dia tidak pernah berniat untuk menjadikan kisah sedihnya sebagai sebahagian daripada persembahan kerana baginya, fokus utama adalah menyampaikan lagu dengan sebaik mungkin.

“Saya rasa tiada langsung istilah guna drama air mata. Kalau ikutkan semasa saya membuat persembahan lagi saya dah nak menangis, tapi saya belajar bila kita menangis ketika persembahan ia akan nampak tak profesional.

“Tapi saya akui tak boleh tahan sebab itu adalah lagu kegemaran ibu saya dan saya bawa di pentas Big Stage. Sebab itu saya menangis,” ujarnya.

Terdahulu, Yad-Z tidak dapat menahan sebak selepas membawakan lagu Fatwa Pujangga apabila bait-bait lirik lagu tersebut mengimbau kembali kenangan bersama arwah ibu bapanya.

Menurut Yad-Z, selepas meneliti lirik lagu berkenaan, dia mendapati setiap bait mempunyai kaitan rapat dengan kehidupannya, sekali gus membuatkan emosi ketika persembahan sukar untuk dikawal.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement