Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: “Kalau Orang Tak Suka, Saya Minta Maaf Saja… Itu Trademark Saya” - Hussain

Big Stage Rocketfuel: “Kalau Orang Tak Suka, Saya Minta Maaf Saja… Itu Trademark Saya” - Hussain

Sekilas

  • Hussain, juara Big Stage X Rocketfuel, memilih untuk memohon maaf di media sosial sebagai cara menjaga ketenangan hati dan mengelak provokasi.
  • Dia percaya memaafkan akan membuat orang yang mengkritiknya berfikir semula tentang tindakan mereka dan tidak mahu membuang masa dengan spekulasi negatif.
  • Sokongan kuat daripada kelab peminatnya dikaitkan dengan cara Hussain melayan bapanya, yang memberi inspirasi kepada peminat yang mungkin tidak mempunyai bapa.
Advertisement

Juara program Big Stage X Rocketfuel, Hussain memaklumkan bahawa hantaran ‘saya minta maaf’ yang dimuat naik menerusi Threads sehari sebelum konsert minggu akhir program berkenaan merupakan satu cara untuknya menjaga ketenangan hati.

Menurut Hussain atau nama sebenarnya Jamak Hussain Jamilul Hayat, dia lebih selesa untuk memohon maaf berbanding membalas sebarang provokasi di media sosial dengan kemarahan.

Advertisement

“Itulah trademark saya sebenarnya. Kalau ada orang yang tidak suka, saya minta maaf sahaja. Saya tidak ambil hati pun. Cakaplah apa yang hendak dicakap kerana bagi saya, perkara negatif ini tidak akan kekal lama.

“Apabila kita memaafkan, lama-kelamaan mereka sendiri akan berasa simpati dan mula mempersoalkan tindakan mereka terhadap saya dan fikir, ‘Betulkah apa yang aku buat ini? Kenapa dia diam sahaja?’” katanya kepada Gempak.

Tambah Hussain, dia juga tidak mahu membuang masa dan tenaga memikirkan pihak yang mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai dirinya.

“Kita manusia, susah mahu puaskan hati semua orang. Dalam 10 orang, mesti akan ada seorang yang rasa dengki. Tetapi mahu buat bagaimana? Benda jahat tidak akan kekal. Semuanya akan berbalik juga kepada dia.

“Ujian ini pun datang daripada Allah juga. Jadi, kita ikhlaskan sahaja dan maafkan mereka. Ringkas,” katanya lagi.

Mengulas mengenai kelab peminatnya yang dianggap terlalu fanatik oleh sesetengah pihak, Hussain beranggapan sokongan yang diberikan itu hadir kerana mereka menghormati dirinya, termasuk cara dia melayan bapanya.

“Mungkin mereka melihat cara saya melayan bapa saya. Itu satu rezeki buat saya. Apabila saya menghargai bapa, mereka (peminat) akan pertahankan saya habis-habisan. Mereka sudah macam askar saya.

“Kadang-kadang ada peminat di luar sana yang tidak mempunyai bapa. Jadi, apabila mereka melihat keakraban saya dan bapa, mereka tumpang seronok,” jelasnya.

Pada malam kemuncak program Big Stage X Rocketfuel yang berlangsung pada Ahad, Hussain dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai RM30,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment, selain peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM100,000 tajaan Rocketfuel Entertainment serta sebuah trofi.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement