Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: “Mak Ayah Saya Dah Tak Ada…” - Yad-Z

Astrogempak YADZ

Sekilas

  • Yad-Z menegaskan hubungannya dengan Hussain baik dan tiada perselisihan walaupun timbul kontroversi sebelum ini.
  • Dia mengakui pengalaman dikecam netizen adalah baru dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam bercakap selepas ini.
  • Yad-Z mendapat sokongan keluarga yang melindunginya daripada membaca komen negatif dan telah memohon maaf secara terbuka atas kenyataannya yang disalah tafsir.
Advertisement

Bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Yad-Z mengakui hubungannya bersama Hussain dalam keadaan baik meskipun timbul pelbagai spekulasi susulan kenyataannya yang mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Menurut Yad-Z, dia dan Hussain tidak pernah mempunyai sebarang perselisihan faham, malah hubungan mereka di belakang pentas sangat akrab.

“Yad dengan Hussain memang tak ada apa-apa. Kami memang kalau di belakang pentas pun berpeluk rapat. Memang tak ada apa-apa.

Advertisement

“Kita kena faham, kadang-kadang mulut orang kita tak boleh nak hentikan. Saya anggap semua ini sebagai satu proses belajar,” katanya kepada Gempak.

Yad-Z mengakui pengalaman menerima kecaman daripada netizen merupakan sesuatu yang baharu buat dirinya memandangkan sebelum ini dia tidak pernah berdepan situasi sedemikian.

Katanya, segala kritikan yang diterima dijadikan pengajaran untuk lebih berhati-hati dalam setiap percakapan selepas ini.

“Sebelum ini saya tak pernah dapat komen macam ini. Bila dah kena kecam, mungkin lepas ini saya akan lebih beringat. Saya anggap ini satu proses untuk saya belajar.

“Insya-Allah lepas ini takkan ada lagi benda macam itu,” ujarnya.

Dalam masa sama, penyanyi itu mengakui dirinya masih baharu dalam industri hiburan dan sedang belajar menyesuaikan diri dengan perhatian yang diberikan orang ramai.

Menurutnya, dia tidak pernah berniat untuk menjatuhkan atau menyakiti mana-mana pihak, namun mengakui ada masanya kata-katanya disalah tafsir kerana tidak pandai menyusun ayat.

“Sejujurnya kadang-kadang saya ini baru sahaja masuk industri. Ada masa saya terlepas cakap. Sebenarnya saya langsung tak berniat nak kata orang itu begini atau begitu. Memang tak ada. Kadang-kadang ayat saya tak teratur.

“Saya faham saya bukan orang yang pandai bercakap, tapi saya cuba bercakap dengan baik,” katanya lagi.

Mengulas mengenai reaksi ahli keluarganya terhadap kecaman yang diterima, Yad-Z berkata mereka sentiasa memberikan sokongan dan cuba melindunginya daripada membaca komen-komen negatif.

“Kakak saya pesan, 'adik jangan baca'. Sebab mereka anggap saya macam anak mereka juga.

“Mak ayah saya dah tak ada, jadi saya rapat dengan abang-abang dan kakak saya. Mereka kongsi benda itu sesama mereka supaya saya tak perlu baca semua komen negatif,” katanya.

Terdahulu, Yad-Z tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas menerima kecaman daripada netizen susulan kenyataannya dalam Big Stage Rocketfuel yang disifatkan segelintir pihak sebagai angkuh dan mengundang salah faham.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement