Skip to main content

Rancangan Realiti

Big Stage Rocketfuel: Masih Tiada Penyingkiran! Danny, Yad-Z & Danial Kifli Mara Ke Separuh Akhir

Big Stage Rocketfuel: Masih Tiada Penyingkiran! Danny, Yad-Z & Danial Kifli Mara Ke Separuh Akhir

Sekilas

  • Tiada penyingkiran pada minggu suku akhir Big Stage Rocketfuel, dengan Danny, Yad-Z dan Danial Kifli terus mara ke peringkat seterusnya.
  • Ranisha kembali ke kedudukan pertama selepas persembahan lagu Die On This Hill, diikuti oleh Adam Nazmie dan Hussain di tangga tiga teratas.
  • Peserta akan berentap dalam minggu separuh akhir dengan tema lagu tradisional, dan tiga pemenang utama bakal menerima kontrak pembangunan artis bernilai sehingga RM200,000.
Advertisement

Bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Danny, Yad-Z dan Danial Kifli mampu menarik nafas lega selepas diumumkan tiada penyingkiran pada minggu suku akhir.

Bagaimanapun jika ada penyingkiran, Danial Kifli adalah peserta yang harus mengucapkan selamat tinggal.

Advertisement

Sementara itu, Ranisha berjaya merampas kembali kedudukan pertama selepas memberikan persembahan yang mantap menerusi lagu Die On This Hill nyanyian Sienna Spiro.

Manakala, Adam Nazmie dan Hussain turut berada di tangga tiga teratas.

Bintang yang mara ke minggu separuh akhir bakal menyanyikan lagu-lagu tradisional menerusi tema Analog To Ultra.

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.

Seramai 11 peserta bakal bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, Hussain serta duo Adam & Nazmie.

Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Must Watch Video

Advertisement