Sekilas
- Enam finalis Big Stage Rocketfuel malam ini akan berentap untuk merebut gelaran juara dengan janji memberikan persembahan terbaik untuk peminat.
- Mereka berkongsi rancangan untuk meraikan kemenangan bersama peminat, termasuk makan bersama, meet and greet, dan aktiviti sosial lain.
- Keputusan juara bergantung pada persembahan akhir mereka yang akan menentukan siapa layak membawa pulang gelaran Big Stage Rocketfuel.
Selepas tujuh minggu bersaing, malam ini pentas Big Stage Rocketfuel (BSR) bakal menyaksikan seorang daripada enam finalis yang berentap iaitu Adam Nazmi, Ranisha, Hussain, Yad-Z, Danny, dan Danial Kifli bakal dinobatkan sebagai juara.
Bukan sahaja merebut gelaran, malah masing-masing mempunyai misi tersendiri untuk memberikan persembahan terbaik buat peminat yang tidak pernah putus memberikan sokongan sejak minggu pertama.
Soalan: Apa janji anda untuk peminat yang dah sokong anda di Big Stage Rocketfuel?
Adam Nazmi: Kami berjanji untuk buat sehabis baik supaya kami sendiri bahagia dan anda suka.
Ranisha: Saya akan buat semua hati cair mendengar suara saya.
Hussain: Saya akan buat yang terbaik, menghiburkan anda semua dan saya akan sampaikan dengan penuh jiwa. Doakan saya dapat buat yang terbaik.
Yad-Z: Saya akan buat yang paling terbaik dan berikan rasa sedih untuk semua yang menonton.
Danny: Saya janji akan berikan the best masa finale, sebab saya yakin lagu yang pilih ini boleh sing alon, InsyaAllah.
Danial Kifli: “Saya akan cuba berikan persembahan yang terbaik dari minggu-minggu sebelum ini, saya akan cuba perbaiki apa yang patut, minggu akhir ini saya akan cuba naikkan ranking saya. Saya akan buat betul-betul supaya saya boleh puas hati dengan apa yang saya persembahkan.
Dalam pada itu, keenam-enam finalis turut berkongsi mengenai perkara yang ingin mereka lakukan bersama peminat sekiranya berjaya membawa pulang gelaran juara Big Stage Rocketfuel.
Soalan: Apa yang anda nak belanja peminat kalau menang Big Stage Rocketfuel?
Adam Nazmi: Kalau rezeki kami menang, kami akan bagi duit kemenangan kepada peminat kami cuma amik baki sahaja (selorohnya), maybe kita makan pulut kuning ke makan ramai-ramai.
Ranisha: Kalau saya juara musim ini, saya nak bawa Ranishine untuk keluar dinner. Mungkin buat food party
Hussain: Saya plan nak buat meet and greet, sepatutunya selepas Talk To My Manager tapi sebab saya masuk Big Stage jadi kena tangguh dulu. Nanti dah habis Big Stage saya buat.
Yad-Z: Kalau menang saya nak belanja semua peminat roti canai.
Danial Kifli: Kalau saya menang, saya nak buat satu meet and greet atau pot luck lepak-lepak makan sama-sama. Dan saya juga berniat, jika saya menang, saya nak pakai duit itu untuk mengedarkan makanan dekat gelandangan, orang tua atau kanak-kanak.
Danny: Kalau saya menang, saya nak lepak dengan semua peminat, buat macam meet and greet.
Apa pun keputusan di pentas akhir nanti, pastinya keenam-enam finalis mahu menjadikan sokongan peminat sebagai pembakar semangat untuk memberikan persembahan paling bermakna.
Kini, segala-galanya bergantung kepada persembahan mereka di pentas akhir sebelum salah seorang daripada mereka dinobatkan sebagai juara Big Stage Rocketfuel.