Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: Pulze Debut Macam ALPHA? Danial Kifli Tak Nak - "Saya Dah Lebih..."

Jelas Danial, dia lebih selesa untuk bergerak solo kerana tidak mahu merosakkan hubungan persahabatan yang telah dibina dalam program hiburan tersebut.

Sekilas

  • Danial Kifli lebih selesa meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo daripada menyertai kumpulan nyanyian secara serius.
  • Dia mahu mengekalkan ukhwah persahabatan yang terjalin dalam Big Stage Rocketfuel tanpa risiko konflik atau komitmen yang tidak seimbang dalam kumpulan.
  • Walaupun begitu, Danial terbuka untuk bekerjasama dalam persembahan bersama kumpulan jika mendapat permintaan peminat, tetapi hanya sebagai hiburan tanpa sasaran kemenangan atau anugerah.
Advertisement

Bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Danial Kifli mengakui lebih selesa meneruskan perjalanan sebagai penyanyi solo berbanding menyertai kumpulan nyanyian secara serius.

Jelas Danial, dia lebih selesa untuk bergerak solo kerana tidak mahu merosakkan hubungan persahabatan yang telah dibina dalam program hiburan tersebut.

Advertisement

"Group yang betul-betul fokus macam ALPHA sejujurnya saya tak nak, sebab saya dah lebih selesa solo. Kalau saya kena kecam ke atau pujian ke, saya sendiri yang dapat, sendiri akan perbaiki.

"Sebab bila group ni, saya sangatlah sayang. Sayang bukan apa, sayang dari segi, orang cakap ukhwah kami. Sebab kita tahu bila kita group ni, nanti masing-masing akan nampak perangai sebenar.

"Nanti ada seorang yang mungkin akan terasa, mungkin akan tak boleh bagi komitmen. So saya kalau boleh sebagai kawan yang baru kenal beberapa minggu, saya pun nampak semua baik. So saya tak naklah ada isu nanti berlaku kat luar. Saya kalau boleh nak kekalkan kita orang punya ukhwah persahabatan kita orang tu sampai bila-bila," katanya kepada Gempak.
 

Bagaimanapun, Danial tidak menolak kemungkinan untuk mereka bekerjasama sekiranya mendapat permintaan daripada peminat atau menerima tawaran persembahan pada masa akan datang.

“Kalau diberi peluang untuk kami sama-sama, kalau ramai orang minta atau netizen nak tengok kami di luar, di mana-mana persembahan, saya pernah bincang dengan mereka.

“Saya cakap, kalau ada rezeki kita sama-sama, boleh. Tapi kita anggap benda itu sebagai have fun, sekadar nak menghiburkan orang. Bukan betul-betul macam nak sasarkan kemenangan, keluarkan single atau kejar anugerah mana-mana. Taklah sampai macam itu,” katanya.

Selain itu, Danial berpendapat berada dalam kumpulan memerlukan setiap anggota memberikan persembahan yang konsisten kerana kesilapan seorang individu boleh memberi kesan kepada keseluruhan kumpulan.

“Satu lagi, saya rasa bila dalam kumpulan, masing-masing kena sempurna. Maksudnya, tak boleh salah sedikit kerana nanti semua akan terkena. Walaupun kita berbeza individu, berbeza suara dan mempunyai kelebihan masing-masing, bila seorang buat silap, nanti semua akan rasa perkara yang sama.

“Jadi saya rasa itu tak adil untuk perkara tersebut,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement