Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel Recap: ‘Nak Dara Rindu’ Ranisha Pukau Juri, Rieffa Hampir Rebah Diumum Tersingkir

Big Stage Rocketfuel

Sekilas

  • Ranisha menduduki tempat pertama dengan markah 74.67% pada konsert minggu keempat Big Stage X Rocketfuel dengan lagu 'Nak Dara Rindu'.
  • Rieffa diumumkan sebagai peserta kedua yang tersingkir, bersama Aliff Kimiey dan Yad-Z yang berada di kedudukan terendah.
  • Big Stage X Rocketfuel menampilkan 11 peserta yang bersaing untuk kontrak pembangunan artis bernilai sehingga RM200,000, dengan siaran setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria.
Advertisement

Konsert minggu keempat edisi Big Stage X Rocketfuel menyaksikan Ranisha menduduki di tangga pertama dengan markah sebanyak 74.67 peratus.

Dengan bertemakan ‘Love Tune’, Ranisha telah membawakan lagu Nak Dara Rindu nyanyian asal Dayang Nurfaizah.

Advertisement

Bagaimanapun, nasib kurang menyebelahi Rieffa apabila namanya diumumkan sebagai bintang kedua yang tersingkir.

Selain Rieffa, dua lagi nama yang berada di kedudukan terendah adalah Aliff Kimiey dan Yad-Z.

Berikut merupakan recap, komen juri serta markah bagi kesemua peserta di minggu keempat Big Stage X Rocketfuel:

(Susunan komen adalah mengikut giliran persembahan) (Susunan komen adalah mengikut giliran persembahan)

1. Danial Kifli (Awan Nano)

Akim Ahmad: Satu pembukaan yang bagus, tahniah cuma ada nampak awak macam gugup sedikit, tapi cqra awak kawal nyanyian awak sangat bagus, nampak profesional. Awak menyanyikan dengan cara tersendiri dan buatkan saya kagum dengan nyanyian awak.

Aisha Retno: Susunan muzik yang sangat bagus. Di minggu keempat, awak nampak seperti superstar, nampak santai ketika buat persembahan. Cuma bahagian awal nyanyian ada bahagian yang ‘pitcy’, kena hati-hati sebab bahagian awal adalah sangat penting.

2. Danny (Sampai Mati)

Aisha Retno: Malam ini awak memberi. Daripada minggu pertama hingga hari ini adalah saya rasakan tone suara awak sangat unik. Graf awak malam ini sangat cantik, permulaan yang slow tapi kemudiannya kamu tunjukkan taring kamu malam ini. Ini yang saya mahukan iaitu kelainan tetapi asas lagu masih ada.

3. Rieffa (Terakhir)

Hael Husaini: Waktu permulaan nampak awak seperti tak berapa fokus, jangan terganggu dengan sekeliling awak. Bila kita di atas pentas, perasaan memang kena kawal. Emosi awak ketika menyanyikan lagu ini sangat bagus, malah mata awak juga tak melilau ketika buat persembahan.

Akim Ahmad: Awak nampak tak sihat malam ini. Apa yang saya nak cadangkan ialah kena banyakkan rehat dan dapatkan tidur yang cukup. Saya tahu awak muda tapi saya risau sebab dalam tak sedar awak dah habiskan banyak tenaga awak.

4. Yad-Z (Hening Rindu)

Akim Ahmad: Yad-Z, dalam nyanyian kena less, jangan over doing. Bila awak kurangkan perkara yang tak sepatutnya ada, nyanyian awak akan jadi lebih menarik. Kalau boleh minggu depan saya nak awak kurangkan lagi bahagian itu. Saya mohon sangat untuk awak lakukan itu minggu hadapan. Sayang sangat sebab suara awak sedap.

Aisha Retno: Saya faham apa yang cuba anda lakukan tapi sayangnya malam ini tak menjadi. Saya tak nampak apa yang awak cuba persembahkan tapi saya cuba faham nyanyian awak. Kalau awak nak buat apa yang awak inginkan, awak kena pilih lagu yang sesuai.

5. Alif Kimiey (Favourite Girl)

Akim Ahmad: Tempo awak malam ini ‘out’ sikit tapi tone suara awak yang menyelamatkan awak. Saya suka dan terhibut dengan persembahan awak.

6. Hussain (Mahakarya Cinta)

Hael Husaini: Saya rasa masih ada masalah yang sama dari segi tempo iaitu awak macam sedikit ‘rushing’ ketika menyanyi. Mungkin selepas ini perlu sedikit ‘lay back’ supaya macam tak terlalu mengejar. Secara keseluruhan saya suka.

Aisha Retno: Pada malam ini, saya suka persembahan awak. Memang ada sedikit kesilapan tempo tapi dah diperbaiki tak seperti minggu lepas. Apa yang saya suka juga ialah sebutan awak sangat jelas.

7. Qilo (Tunggu Sekejap)

Akim Ahmad: Antara banyak-banyak persembahan, bahagian permulaan awak adalah yang paling steady. Saya suka, tak ada apa-apa masalah cuma kalau boleh work out dan untuk jadikan diri awak fit, mesti lagi steady.

Aisha Retno: Kalau dah keluar Big Stage nanti, boleh ke nak minta awak rakam semula lagu Tunggu Sekejap ini sebab awak telah bawakan lagu ini dengan gaya awak dan sangat bagus.

8. Adam Nazmie (Nurcinta)

Akim Ahmad: Antara banyak persembahan hari ini, tempo kalian berdua paling bagus. Itu adalah kekuatan yang membuatkan kami semua terpesona.

Aisha Retno: Setuju dengan abang Akim, tempo yang sangat kemas. Untuk vokal, saya rasa Adam macam jadi backup singer kepada Nazmie hari ini. Kalau saya, saya lebih suka persembahan kalian yang minggu lepas.

9. Ranisha (Nak Dara Rindu)

Hael Husaini: Terima kasih kerana memberi satu persembahan penutup yang bagus. Saya harap awak dapat kekalkan momentum awak kerana saya nampak awak tunjukkan yang awak berjaya buatkan semua orang terhibur.

Aisha Retno: Jangan pupus sebab kita dah jarang ada penyanyi yang versatil macam awak. Habis saja Big Stage, jangan tunggu lama-lama, buat saja album terus.

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para bintang bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.

Seramai 11 peserta yang bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, duo Adam & Nazmie serta finalis TTMM2 iaitu Hussain yang dipilih menerusi ‘Exclusive Spot’.  Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.  Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement