Sekilas
- Pentas suku akhir Big Stage Rocketfuel (BSR) tiada penyingkiran dengan Danny, Yad-Z dan Danial Kifli berada di tiga terbawah.
- Ranisha pecah rekod pemarkahan BSR dengan markah tertinggi 90 dan 92 daripada juri Aisha Retno dan Hael Husaini.
- Beatz menang dalam group battle menentang Pulze, dan 11 peserta bersaing untuk kontrak pembangunan artis bernilai RM200,000.
Pentas suku akhir Big Stage Rocketfuel (BSR) menyaksikan tiada penyingkiran berlaku buat kali kedua.
Gagal menambat hati juri, Danny, Yad-Z dan Danial Kifli diumumkan sebagai peserta yang berada di tangga tiga terbawah.
Sementara itu, Ranisha berjaya memecah rekod pemarkahan BSR apabila memperoleh markah sebanyak 90 dan 92 daripada Aisha Retno & Hael Husaini.
Berikut merupakan recap dan komen juri bagi kesemua peserta di minggu suku akhir Big Stage X Rocketfuel:
Yad-Z - Penghujung Rindu
Akim Ahmad: Ini pertama kali awak nyanyi sedap, jujur saya cakap. Hari ni awak punya sebutan jelas, saya suka dengan nyanyian awak, di bahagian korus awak sangat memberi. Awak akan jadi pesaing dan terus kekalkan momentum ini.
Datuk Syafinaz Selamat: Saya suka, suara awak mega besar. Kreatif tapi hati-hati pada penghujung frasa. Dan nyanyian awak sangat terkawal, pitching tu kena hati-hati.
Danial Kifli - Cinta Dewa Dewi
Datuk Syafinaz Selamat: Ada masalah ke, nampak tak selesa. Permulaan dua verse dah flat awak nyanyi, ada masalah tempo dan pitching. Ini bukan sesuatu yang awak biasa buat. Sebagai penyanyi kita tak ada pilihan sebab itu yang client minta. Suka atau tidak kita kena bersedia untuk nyanyi, lagu ini tidak sukar. Tapi persembahan awak tadi under par, awak kena sentiasa cuba untuk nyanyi lagu ini.
Hael Hussaini: Danial kita tahu awak cuba buat sesuatu yang berbeza, bila banyak sangat benda jadi awak hilang fokus. Awak kena plan pergerakkan supaya setiap detail itu kurang masalah dan nak tolak markah 2
Danny - Sayang Orang Sama
Aisha Retno: Very nice music and vocal arrangement, minggu lepas Ajai kata awak kena ada feel, dan awak ada minggu ni. Improvise awak untuk lagu ni sangat baik. Awal-awal kena jaga tempo, pastikan body language tu kena jaga.
Akim Ahmad: Awak tahu apa masalah awak, masa awak start awak dah terangkat bahu. Awak ada masalah pernafasan. Feel awak lagi bagus dari minggu lepas
Adam Nazmie - Intifada
Hael Husaini: Saya rasa persembahan kamu yang paling in control, saya suka part yang awak berdua banter seorang-seorang. Good job.
Datuk Syafinaz Selamat: Keseluruhannya, ini persembahan yang sangat menyenangkan. Semoga kita berjumpa di Syurga.
Aisha Retno: Hadiah hari jadi yang sangat best.
Ranisha - Die On This Hill
Akim Ahmad: Awak nyanyi memang ada feel, ini yang saya idam-idamkan dari awak. Malam ini awak buktikan yang awak boleh buat yang terbaik. Depan ada tempo sikit. Awak sampaikan dengan baik malam ini. Saya suka kalau nyanyi lagu asli.
Aisha Retno: Nyanyian yang hampir sempurna. Awak tahu kekuatan awak, growl awak sangat mahal, suara awak light jadi perlu ada weight.
Datuk Syafinaz Selamat: Saya tiada isu dengan awak, its not about the word tapi niat untuk bercerita. Awak tak berhenti di satu suara. Benda itu adalah satu dinamik dalam bercerita. Pada saya awak menunjukkan satu kematangan dalam persembahan awak. Sekarang kita nampak awak kuasai teknik dengan lebih baik. Itu sangat bagus.
Aliff Kimiey - Haruskah
Datuk Syafinaz Selamat; Persembahan ini sangat smooth, suara sangat enak didengar. Cuma mungkin makan lebih sikit dan pergi gym. Ada part-part awak buat runs cuma ia tak smooth adakah itu yang awak tak biasa buat. Minggu depan tolong jangan nervous
Hussain - Warkah Berlagu Pilu
Aisha Retno: Awak memang boleh jual, suara, pakej, feel. Hati-hati dengan low note. Tone awak ni memang sangat mahal.
Datuk Syafinaz Selamat: TTMM dan Big Stage adalah pertandingan yang sangat berbeza. Masalah yang saya nampak bila awak nyanyi tinggi awak tak pernah lepas. Pernafasan awak kena jaga.
Qilo - Feeling Good
Akim Ahmad: Untuk saya first part macam tak masuk key awak. Bila awak build up nyanyian awak baru masuk key awak. First part macam tak masuk. Persembahan awak hari ni kurang untuk saya.
Datuk Syafinaz Selamat: Ia agak fresh. Kita perlu ramai yang boleh nyanyi genre ini di Malaysia. Awak tak perlu main stream tapi awak kena jadi accessible. Awak kena stay dengan identiti awak jangan ikut apa yang mereka mahukan tapi boleh difahami
Group Battle
Pulze (Hussain, Adam Nazmie, Danial Kifli, Qilo) - Spot
VS
Beatz (Ranisha, Yad-Z, Aliff Kimiey, Danny) - Ringa Linga - Menang
Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.
Seramai 11 peserta bakal bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, Hussain serta duo Adam & Nazmie.
Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.
Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.