Sekilas
- Adam Nazmie menduduki tangga pertama minggu kelima Big Stage X Rocketfuel dengan markah 79.50% menerusi lagu 'Da Bomb' bersama Sarah Suhairi.
- Aliff Kimiey, Danny dan Yad-Z berada di tiga terbawah tetapi tiada penyingkiran dilakukan pada minggu ini.
- Persembahan peserta dinilai oleh juri dengan pelbagai komen membina, dan pertandingan akan berterusan selama lapan minggu dengan hadiah kontrak pembangunan artis bernilai sehingga RM200,000.
Konsert minggu kelima edisi Big Stage X Rocketfuel menyaksikan Adam Nazmie menduduki tangga pertama dengan markah sebanyak 79.50 peratus.
Dengan bertemakan ‘Multi-Task’, Adam Nazmie telah membawakan lagu Da Bomb nyanyian asal, Ruffedge.
Nasib kurang menyebelahi Aliff Kimiey, Danny dan Yad-Z apabila nama mereka diumumkan berada dikedudukan tiga terbawah.
Namun, Aliff, Danny dan Yad-Z bagaimanapun mampu menarik nafas lega selepas diumumkan tiada penyingkiran untuk minggu kelima.
Berikut merupakan recap dan komen juri bagi kesemua peserta di minggu kelima Big Stage X Rocketfuel:
(Susunan komen adalah mengikut giliran persembahan)
1.Qilo ft Yazmin Aziz (All I Ask by Adel)

Akim Ahmad: “Persembahan pembukaan yang bagus, tahniah. Mungkin depan itu macam terlalu berhati-hati, awak macam takut nak buat kesalahan. Ada beberapa part note awak tak masuk, tapi tak apa sebab awak ada duet partner yang bagus, ending yang baik, awak cover keslahaan awak, satu bonus point yang saya terpaksa bagi awak,”
Ajai: “First note is karakter of the song, tapi apa yang saya boleh cakap, awak boleh menyanyi, adalah dua, tiga tempat flat a bit, but it’s okay, saya notice bila awak straight note, lebih sedap awak letak vibrato,”
2.Yad-z ft Vanessa (Die With A Smile by Bruno Mars & Lady Gaga)

Aisha Retno: “Awak lebih santai, lebih tennag, this is what we want from you, vokal ada, projection ada, tinggal nak kemaskan sahaja. Untuk persembahan lagu ini saya still need groove, you move with that beat, saya tahu ini lagu ballad tapi tak boleh meleweh, lirik kasi lebih faham lagi. But i’m very proud of you. Untuk vokal, toward the end sedikit messy, kemaskan lagi,”
Ajai: “Kamu kena tahu apa mistake kamu, a lot of high note kamu is flat, itu paling bahaya bila awak tak tahu itu bunyi flat, flat itu bukan satu dua tempat tapi part ending tu yang worse. Be carefull,”
3.Adam Nazmie ft Sarah Suhairi (Da Bomb by Ruffedge)

Hael Husaini: “Tahniah persembahan anda way better than last week, energi yang korang berikan ditambah pula dengan bantuan Sarah yang sangat bijak kawal korang berdua. Saya kena puji anda punya susunan arrangement dari awal sampai habis, cuma be carefull. Kadang-kadang bila lagu rancak, akan dengar sedikit messy, tapi energi anda bila having fun, dah cover semua tu, minggu ni sangat bagus, good job,”
Akim Ahmad: “Saya daripada awal dengar apa yang mereka nyanyi, sebutan jelas. Clarity cukup, sebutan seketul seketul, tak ada masalah, tempo ada sedikit dekat Nazmi tapi dimaafkan, itu persembahan yang sangat kompak daripada mereka,”
Ajai: “Tak ada masalah dalam nyanyian, keserasian anda menjadi. Dibantu pula dengan Sarah, menghidupkan lagi persembahan kamu. Saya lihat kamu ini mempunyai inisiatif mendengar nyanyian dengan betul semasa persembahan. Itu jarang orang nak buat kecuali orang itu tahu apa yang nak dinyanyikan. Saya rasa mungkin juga pasal pengalaman mereka buat mereka lebih neutral,”
4.Aliff Kimiey ft Marsya Q (Terima Ku Seadanya by Hafiz Suip & Misha Omar)

Ajai: “Kamu masih mencari kesesuaian dalam diri sendiri dan atas stage. Feeling ada, dinamik rasa ada, tone sedap, tapi bila bergerak nada lari, penghayatan lari, fokus dah tak ada dalam hati, kamu dah lupakan jalan cerita. Bukan kamu tak boleh menyanyi, kamu tak ada masalah pitching tapi ada masalah nak genggam perasaan, ini kita panggil dinamik. Benda tu penting sebab menghidupkan feeling. Muka kamu, ekspresi muka kamu tak tenang. Daripada air muka sahaja saya dah tangkap ekspresi awak dah lari, semua hilang. Tapi bila kamu berdiri, tak bergerak, dia datang balik. Ada penyanyi yang tak perlukan pergerakan, berdiri sahaja dah sedap, ada juga penyanyi yang perlu bergerak. Jadi kamu kurangkan pergerakkan supaya dapat fokus pada minda dan hati kamu. Lagu balada ni bukan mudah nak jiwai,”
5.Danial Kifli ft Afieq Shazwan (Malam Semakin Dingin by Afieq Shazwan & Tajul)

Akim Ahmad: “Awak special sebab bila awak buka mulut, nyanyian sedap. Nampak profesional, tapi untuk minggu ini saya dengar suara awak agak penat sebab kurang rehat, saya dengar dari korus pertama. Tapi awak bagus sebab awak buat dia nampak tak struggle, itu saya puji. Awak dapat duet partner yang sangat bagus suaranya, tapi hari ini dia reserve sebab untuk bagi awak bersinar. Kalau tak, senang senang dia makan awak. Saya boleh puji penekanan dekat tempo, tepat sekali, tak ada msalah. Tahniah semoga awak dapat buat lebih baik,”
Ajai: “Saya puji suara kamu tahniah, tak semua yang muda boleh menyanyi lagu melayu, ini kita panggil market sing dengan bagus macam ni. Jangan malu dengan apa yang kamu persembahkan. Kamu patut punyai rasa bangga kerana kamu adalah seorang penyanyi yang boleh jual lepas ini dengan konsep apa yang kamu ada sekarang. Kamu ada voice kontrol yang bagus, projection kamu, feling kamu tak mati, ada note tinggi tak pecah, kamu pandai voice kontrol benda itu tak jadi loud, dan seiring. Dia pun tak tahu dia ada barang tu, itu adalah pemberian Tuhan. Saya harap ramai anak-anak muda menyanyi lagu sepeti ini, inilah malaysia,”
6.Ranisha ft Danial Chuer (Kamu by Aina Abdul)

Aisha Retno: “Awak cantik malam ni, you are so fierce tonight, i love it. Sebelum ini awak dah tunjukkan tradisional, now you show us what need to do r&b song. Weight suara awak agak menonjol hari ini, very solid vokal arrangement. Anda mengimbangi energi yang daniel bagi, awak dah kahwin dengan pentas itu. Hati-hati dengan a few note, ada pitching sedikit tapi boleh cover, tahniah. Saya suka vokal arrangement anda yang bahagian standing staccato,”
7.Hussain ft Putera Muhammad (Ghazal Untuk Rabiah by Datuk Jamal Abdillah & Datuk M Nasir)

Ajai: “Sebenarnya apa yang ada pada kamu ini tak boleh diubah lagi. Saya tak dengar kamu ada pitching masalah, tapi awak mengingatkan saya macam Mawi dulu. Dia tak boleh menari ke, berdiri kayu ke, tak boleh bergerak ke, orang suka. Sebab ada penyanyi yang nyanyinya bagus tapi tak ada tarikan. Dasyat vokalnya, setiap pertandingan dia pasti akan menang, suara bagus tetapi tidak tercapai di luar. Saya hanya bagi kategori sahaja. Ada satu kategori, menyanyi 50 peratus, bukanlah tone deaf, tetapi bukanlah dasyat, very easy listening tapi tarikannya kuat. Jadi selagi orang suka, apa yang kamu ada, asal jangan menyanyi sumbang, itu format utama penyanyi. Menyumbangkan lagi tetapi bukan mengsumbangkan lagu,”
8.Danny ft Haqiem Rusli (Gerimis Mengundang by Slam)

Ajai: “Nyanyian awak tak ada alunan, awak kena belajar macam mana nak sedapkan bunyian. Awak banyak straight note, tak ada graf. Salah satu cara nak sedapkan nyanyian adalah penjiwaan kena kuat. Dalam kepala awak dah kena fikir subjek lagu ni. Apabila nada dengan hati seiring, awak akan rasa suara tu hati bagi dulu. Perasaan adalah fungsi utama menyedapkan lagu. Vokal sedap macam mana pun kalau tak ada perasaan, jadi kayu nanti,”
Sepanjang lapan minggu pertandingan, para bintang bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.
Seramai 11 peserta yang bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, duo Adam & Nazmie serta finalis TTMM2 iaitu Hussain yang dipilih menerusi ‘Exclusive Spot’.
Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.