Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: "Saya Masih Belum Nampak…" - Syafinaz Selamat Harap Hussain Tunjuk Peningkatan Lebih Besar

Bagaimanapun, Syafinaz berpendapat Hussain masih belum menunjukkan perkembangan yang diharapkan, lebih-lebih lagi selepas menyertai Talk To My Manager 2 (TTMM2) sebelum ini.

Sekilas

  • Datuk Syafinaz Selamat mengakui Hussain mempunyai pakej lengkap sebagai penyanyi dengan vokal yang baik.
  • Syafinaz berharap Hussain menunjukkan perkembangan lebih ketara selepas menyertai Talk To My Manager 2 dan kini Big Stage Rocketfuel.
  • Teguran Syafinaz bertujuan untuk mendorong Hussain terus berkembang dan bekerja lebih keras sebagai penghibur.
Advertisement

Penyanyi dan juri jemputan Big Stage Rocketfuel, Datuk Syafinaz Selamat mengakui Hussain memiliki satu pakej lengkap sebagai seorang penyanyi termasuk vokal yang baik.

Bagaimanapun, Syafinaz berpendapat Hussain masih belum menunjukkan perkembangan yang diharapkan, lebih-lebih lagi selepas menyertai Talk To My Manager 2 (TTMM2) sebelum ini.

Advertisement

"Saya diberitahu tiap-tiap minggu dia menang (undian). Okay, kadang-kadang populariti itu menyebabkan kita lupa bahawa kita perlu bekerja lebih keras.

"Hussain memiliki suara yang sedap, dia ada pakej. Tapi saya mengharapkan dia mengambil peluang ini untuk redeem himself daripada Talk To My Manager sebab masa konsert akhir itu dia tak boleh menang kerana ketika itu dia sakit," katanya kepada Gempak.

Tambah Syafinaz, penyertaan Hussain di Big Stage Rocketfuel sepatutnya menjadi platform terbaik untuk membuktikan kemampuannya selepas tampil dalam pertandingan terdahulu.

“Jadi bila berada di Big Stage saya harap dia akan buckle up dan kerja keras tapi saya nampak dia punya progress tidak terlalu besar kalau kita nak compare sebab dia dah masuk di TTMM fresh kan daripada TTMM so dah tu dah berapa minggu dah tu.

Sepatutnya dia lagi nampak lagi macam wow tapi saya masih belum nampak that real wow. Sebab sepatutnya dah boleh dah, cikgu-cikgu dia pun sama dan dia selesa bekerja dengan mereka. Pada saya persembahan dia sebagai peserta dari pertandingan lain agak kurang lah sepatutnya boleh lebih lagi,” ujar Syafinaz.

Dalam masa sama, Syafinaz menjelaskan tegurannya bukan bermaksud mempertikaikan kemampuan Hussain sebaliknya dia mahu melihat penyanyi itu terus berkembang sebagai seorang penghibur.

“Jangan salah faham, saya bukan cakap dia tak bagus saya bukan cakap suara dia tak sedap saya cakap tentang progress ya. Saya mengharapkan progres yang lebih baik daripadanya kerana dia datang fresh dari satu kompetisi sebelum ini.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement