Sekilas
- Qilo dari Big Stage Rocketfuel (BSR) tidak kisah wajahnya sering dibandingkan dengan Azfarheri dan Syafiq Nasir, malah menganggapnya sebagai pujian.
- Qilo berkongsi hubungan rapatnya dengan peserta BSR lain, Hussain Jamilulhayat, yang juga merupakan sahabat baiknya.
- Big Stage X Rocketfuel musim ini menampilkan 11 peserta dan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria serta boleh distrim di Astro GO dan Sooka.
Bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Qilo mengakui dia tidak kisah apabila wajahnya sering dikatakan menyerupai personaliti media sosial, Azfarheri dan Syafiq Nasir, malah menganggap perkara itu sebagai satu pujian.
Menurut Qilo, dia sendiri berasa terhibur dengan komen-komen yang diterima daripada netizen mengenai persamaan wajah tersebut.
“Saya tahu ada yang kata wajah saya menyerupai Azfar dan Syafiq Nassir, saya sebenarnya terhibur, saya suka sebenarnya.
“Pada saya itu benda yang baik. Lagi pun saya minat mereka berdua.
“Saya tak kisah, okay je. Tapi sebelum ini pun memang ada orang cakap muka saya sama,” katanya kepada Gempak.
Dalam masa yang sama, Qilo juga turut berkongsi mengenai hubungan rapatnya dengan seorang lagi peserta BSR iaitu Hussain Jamilulhayat.
“Kami memang kawan baik, suka lepak mamak, berkongsi benda yang baik-baik dan adakalanya kami main game juga.
“Hubungan saya dan Hussain baik dan dia juga merupakan seorang sahabat yang baik,” ujarnya.
Selain Qilo, 10 bintang lain yang bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, duo Adam & Nazmie serta finalis TTMM2 iaitu Hussain yang dipilih menerusi ‘Exclusive Spot’.
Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.