Skip to main content

Hiburan

Bila Akad Dipertikaikan, Maruah Jadi Pertaruhan! Akad Yang Hilang Kini Di Astro First

Akad Yang Hilang

Filem, Akad Yang Hilang lakonan Mira Filzah dan Syarul Ezani kini menemui penonton di platform Astro First menerusi saluran 480 dan On Demand serta sooka. 

Tayangan filem ini menerusi Astro First memberi peluang kepada penonton untuk menikmati karya ini bersama keluarga disamping memahami isu yang dibawakan menerusi filem ini yang mengangkat isu nikah fasid dan siber buli diantara masyarakat kita. 

Pelanggan Astro boleh menyaksikan filem ini di platform Astro First melalui saluran 480, atau On Demand dengan harga hanya RM15, manakala semua penonton Malaysia boleh menyaksikan filem ini di platform penstriman sooka dengan harga RM 15 berulang kali dalam tempoh 48 jam, di mana-mana mengikut keselesaan mereka. 

Akad Yang Hilang diarahkan oleh Bahri Uma Bajuri dan dibintangi pelakon-pelakon hebat antaranya, Mira Filzah, Syarul Ezani,Idan Aedan, Aleza Shadan dan Sherie Merlis.

Manakala lagu berjudul ‘Yang Tertulis’ dendangan Dinda Dania menjadi lagu tema utama.


Sinopsis: 

Akad Yang Hilang memaparkan kisah Maryam yang ingin berkahwin dengan kekasih pilhan hatinya,Ammar. Sebagai sebahagian proses pendaftaran perkahwinan, Maryam memohon wali hakim kerana bapanya, Husni, telah meninggal dan satu-satunya adiknya, Zaki, baru berumur 17 tahun. Walaubagaimanapun, langkah yang sepatutnya mudah menjadi rumit dengan pendedahan yang mengejutkan.

Mahkamah Syariah memaklumkan perkahwinan ibu bapa Maryam tidak sah kerana fasid. Masalah Maryam itu tersebar di media sosial sehingga menjadi perbualan negatif masyarakat. Persoalannya, bagaimana Maryam ingin meneruskan perkahwinannya, berhadapan stigma orang sekeliling dan mencari jawapan mengenai statusnya sebagai anak yang sah.

Must-Watch Video

Advertisement