Sekilas
- Amira Othman berkongsi rasa sedih apabila salah seorang confinement lady yang menjaga anak sulungnya, Muhammad Jarir Umar, menamatkan tugas.
- Amira menghargai jasa dan kasih sayang yang diberikan oleh Kak Ira serta menganggap pertemuan dengan individu baik sebagai rezeki dalam hidupnya.
- Amira selamat melahirkan bayi lelaki pada 23 Jun 2026, hasil perkongsian hidup bersama suaminya, pelakon Fattah Amin.
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman meluahkan rasa sedih apabila salah seorang penjaga atau confinement lady (CL) yang membantu menguruskan anak sulungnya, Muhammad Jarir Umar, telah menamatkan tugas.
Menerusi perkongsian di Threads, Amira berkongsi foto bersama CL serta menitipkan ucapan penghargaan atas segala jasa dan kasih sayang yang diberikan kepada cahaya matanya.
“Harini mommy sedih sebab CL Jarir, Kak Ira yang belah kanan tu balik dah 🥹.
“Kak Ira jaga saya dan Jarir belah malam. Siang pula CL Sherlyy belah kiri tu, tapi dia balik next week,” tulisnya.
Dalam pada itu, Amira menganggap pertemuan dengan individu yang baik dan ikhlas dalam hidupnya sebagai satu bentuk rezeki yang sangat bermakna.
“Bila jumpa orang baik-baik dalam hidup memang saya anggap satu rezeki dalam hidup saya 🥹.
“Terima kasih Kak Ira jaga Jarir dan sayang Jarir dengan ikhlasnya. Nanti datang jumpa kami lagi ye?” ujarnya.
Sekadar info, Amira Othman selamat melahirkan anak pertama, seorang bayi lelaki pada 23 Jun 2026, jam 6.20 petang.
Bayi sulung hasil perkongsian hidup bersama suaminya, pelakon Fattah Amin itu diberi nama Muhammad Jarir Umar.