Skip to main content

Hiburan

“Bila Masa Saya Hina B40?” - Ojen Aiwah Berang Jenama Disalah Guna Demi Raih Komisen

Astro Gempak 273

Sekilas

  • Usahawan Ojen Aiwah kesal apabila nama dan jenama perniagaannya disalahgunakan untuk kandungan fitnah demi tontonan dan komisen jualan.
  • Ojen menafikan dakwaan menghina golongan B40 yang tersebar bersama video gerai Kunafa Aiwah kosong.
  • Dia mengakui sukar memaafkan pihak terbabit dan mengecam tindakan mereka yang menyebar kebencian serta mengambil kesempatan atas namanya.

Usahawan Ojen Aiwah meluahkan rasa kesal apabila mendakwa ada pihak menyalahgunakan nama serta jenama perniagaannya bagi menghasilkan kandungan berbaur fitnah demi meraih tontonan dan komisen jualan.

Menerusi satu hantaran di Threads, Ojen mendakwa individu terbabit memuat naik video yang memaparkan gerai Kunafa Aiwah kosong sebelum mengaitkannya dengan dakwaan tidak berasas.

“Memang dah jadi trend post booth Kunafa Aiwah kosong lepas itu letak link affiliate ya?

“Macam mana boleh hidup tenang? Posting khemah kosong tak beratur, kononnya lepas itu letak tajuk besar-besar ‘Ojen Aiwah hina B40’.

“Bila masa saya hina B40?” tulisnya.

cdfv

Menurut usahawan itu, dia sebelum ini memilih untuk berdiam diri, namun tindakan segelintir pihak yang didakwa menyebarkan kebencian terhadapnya sudah melampaui batas.

“Dah lama saya diam. Terlalu melampau.

“Posting kebencian. Orang bertubi-tubi komen buruk pasal saya, lepas itu bila ‘view’ naik letak pula link affiliate.

“Dahsyat ya cara awak cari rezeki. Busuk betul perangai,” katanya.

Dalam masa sama, Ojen mengakui sukar memaafkan tindakan pihak terbabit yang didakwa menggunakan namanya bagi mengaut keuntungan.

“Saya tak akan maafkan dan saya doakan awak tak akan hidup senang,” luahnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement