Skip to main content

Hiburan

Bimbang Hala Tuju Kerjaya, Taufiq Hanafi Serah Pada Rezeki - “Tolong Tunjukkan Jalannya…”

Taufiq Hanafi

Pelakon, Taufiq Hanafi meluahkan rasa kebimbangan mengenai perjalanan kerjaya lakonannya menjelang tahun 2026, namun tetap meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Taufiq mengakui timbul rasa risau memikirkan hala tuju kerjayanya dalam industri seni, namun memilih untuk terus berdoa dan berserah kepada Yang Maha Esa.

“Risau dengan perjalanan career lakonan untuk 2026 ni. Tapi aku berdoa dan percaya pada rezeki-Nya,” tulisnya.

Dalam masa sama, Taufiq turut menyatakan keterbukaannya untuk meneroka peluang kerjaya daripada bidang lain sekiranya diberikan ruang dan rezeki.

“Dan jika ada peluang kerja dari industri yang lain, tolong tunjukkan jalannya,” katanya lagi.

Mengakhiri perkongsian tersebut, Taufiq turut memohon doa daripada rakan-rakan serta pengikutnya agar segala yang baik dibalas dengan kebaikan.

“Tolong aminkan kawan-kawan… semoga yang baik terbalas semula kepada anda,” ujarnya.

Luahan jujur itu nyata mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat, mendoakan agar Taufiq terus tabah dan dimurahkan rezeki, sama ada dalam dunia lakonan mahupun bidang lain yang diceburinya kelak.

Sebelum ini, Taufiq juga pernah dilihat berusaha berkongsi resume di sosial media bagi mendapatkan peluang lakonan di dalam industri seni Malaysia.

Must-Watch Video

Advertisement