Skip to main content

Hollywood

Bintang Beverly Hills 90210, Tori Spelling & 4 Anak Kemalangan

Astro Gempak tori crash

Sekilas

  • Pelakon Tori Spelling terlibat dalam kemalangan jalan raya di Temecula, California bersama empat anaknya dan tiga kanak-kanak lain pada 2 April lalu.
  • Kenderaan yang dipandu Spelling dilanggar oleh sebuah kereta yang melanggar lampu merah dan memandu laju, menyebabkan kecederaan kepada semua penumpang.
  • Semua mangsa dibawa ke hospital dengan tiga ambulans, namun tiada tangkapan dibuat dan tiada kenyataan rasmi dari pihak Spelling setakat ini.
Advertisement

Pelakon Tori Spelling berdepan detik ngeri apabila terlibat dengan kemalangan jalan raya yang turut membabitkan empat anaknya dan tiga kanak-kanak lain.

Insiden berlaku di kawasan Temecula, California sekitar pukul 5.45 petang waktu tempatan pada 2 April lalu.

Advertisement

Kereta yang dipandu bintang Beverly Hills 90210 itu dipercayai telah dilanggar sebuah kenderaan lain yang dipandu laju dan melanggar lampu merah, lapor People.

Semua penumpang dalam dua kenderaan yang terlibat kemudian diselamatkan orang ramai sebelum dibawa ke hospital dengan tiga ambulans berbeza.

Spelling dan tujuh kanak-kanak yang bersamanya dipercayai mengalami kecederaan seperti luka, pening dan lebam, lapor TMZ pula.

Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat dan pihak Spelling, 52, belum memberi kenyataan rasmi mengenai insiden yang berlaku.

Bintang itu mempunyai lima orang anak hasil perkahwinan dengan bekas suami, Dean McDermott dengan yang pertama lahir pada tahun 2007 sementara bongsu pada 2017. Namun tidak dapat disahkan identiti anak yang terlibat dalam kemalangan bersamanya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement