Owen Cooper mencipta sejarah peribadi dan juga anugerah Emmy 2025 apabila dinobatkan sebagai Aktor Pembantu Terbaik (Outstanding Supporting Actor in a Limited or Anthology Series or Movie) menerusi lakonan cemerlangnya dalam siri mini Neflix, Adolescene.
Cooper baru berusia 15 tahun dan menjadi aktor paling muda menang di anugerah berprestij tersebut, lapor BBC.
Advertisement
Lebih mengujakan, Cooper menewaskan empat pencalonan senior iaitu Javier Bardem (Monsters: The Lyle and Erik Menendez Story – Netflix) Rob Delaney (Dying for Sex – FX) Peter Sarsgaard dan Bill Camp (Presumed Innocent – Apple TV+) dan Ashley Walters (Adolescence – Netflix).
“Berdiri di sini pada malam ini seperti mimpi. Saya tidak pernah membayangkan selepas pertama kali mengikuti kelas lakonan kemudian ke Amerika Syarikat dan kini, di atas pentas ini. Ini semua tidak nyata,” katanya penuh bahagia.
Cooper memenangi anugerah tersebut berkat watak Jamie Miller, remaja lelaki berusia 13 tahun yang didakwa membunuh rakan sekolahnya, Katie. Siri mini empat episod ini antaranya mengangkat realiti kehidupan remaja yang bergantung dan menghadapi tekanan hebat daripada media sosial.