Skip to main content

Hiburan

Bintangi Filem AI, Chubb E Bersedia Terima Apa Saja Reaksi – “Orang Terima Atau Tak, Hadap Saja”

Bintangi Filem AI, Chubb E Bersedia Terima Apa Saja Reaksi – “Orang Terima Atau Tak, Hadap Saja”

Sekilas

  • Chubb E berkongsi pandangan bahawa penerimaan filem berasaskan teknologi AI mungkin berbeza kerana ia masih baru dalam industri tempatan.
  • Beliau menyertai filem Siluman: Dendam Harimau Jadian kerana produksi mengekalkan peranan pelakon walaupun menggunakan teknologi AI.
  • Filem ini menggunakan pendekatan hibrid dengan gabungan lakonan sebenar dan teknologi AI untuk menghasilkan visual dan penceritaan.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Chubb E berpandangan penerimaan terhadap filem berteraskan teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak mungkin seragam memandangkan pendekatan tersebut masih dianggap baharu dalam industri tempatan.

Chubb E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn Awang Ashrul Affandy, 27, berkata, apa juga pembaharuan pasti mengundang reaksi berbeza namun seseorang perlu berani menjadi antara yang terawal mencubanya.

Advertisement

“Pada saya, orang terima atau tak, hadap saja.

“Manusia memang macam itu. Apa saja kita buat, ada yang suka dan ada yang tak suka.

“Yang penting bagi saya, ini merupakan teknologi baharu. Macam mana sekali pun, kena ada seseorang yang mula dan cuba teknologi ini,” katanya.

Advertisement

Chubb E berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Eksklusif filem Siluman: Dendam Harimau Jadian di TGV KLCC, Khamis.

Menurutnya, antara faktor yang mendorong dia menyertai projek tersebut adalah pendekatan produksi yang masih menitikberatkan peranan pelakon meskipun menggunakan teknologi AI.

“Saya sertai projek ini sebab pihak produksi nak mengetengahkan hak pelakon, bukan digunakan semata-mata.

“Mereka nak tunjuk yang teknologi ini boleh membantu barisan pelakon,” ujarnya.

Jelasnya, Siluman: Dendam Harimau Jadian menggunakan pendekatan hibrid apabila lakonan sebenar digabungkan dengan teknologi AI bagi menghasilkan visual dan penceritaan filem.

“Sebab itu projek ini sebenarnya ‘hybrid’. Kita memang buat babak itu sendiri dan ada gabungan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Siluman: Dendam Harimau Jadian mengetengahkan penggunaan AI sebagai antara teras utama pembikinan filem selain menampilkan Cat Farish, Chubb E dan Dboy Hamdan sebagai barisan pelakon utama.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video

Advertisement