Skip to main content
Advertisement

Berita Tempatan

Bkay Nair Mahu Selebriti Guna Pengaruh Bantu Bakat Tempatan - "Bukan Hanya Untuk Diri Kita"

Bkay Nair Mahu Selebriti Guna Pengaruh Bantu Bakat Tempatan - "Bukan Hanya Untuk Diri Kita"

Sekilas

  • Bkay Nair percaya selebriti harus gunakan platform mereka untuk bantu buka peluang kepada pemain industri kreatif lain seperti pereka, model, dan jurugambar.
  • REKA RONA 2026 fokus pada pembangunan bakat muda dan pereka baru melalui pendedahan, pengalaman industri, dan pengiktirafan, bukan sebagai platform jualan komersial.
  • PEFEM berharap REKA RONA akan berkembang untuk buka akses pasaran, peruncitan, e-dagang, dan peluang komersial pada masa depan.
Advertisement

Golongan selebriti tidak seharusnya hanya menjadi wajah kepada sesuatu produk atau koleksi fesyen, sebaliknya boleh memainkan peranan dalam membuka peluang kepada pemain industri lain.

Demikian pandangan model dan pelakon Bkay Nair yang percaya seseorang artis boleh menggunakan platform serta pengaruh dimiliki untuk membantu mengembangkan ekosistem ekonomi kreatif tempatan.

Advertisement

Menurut Bkay, penglibatan selebriti mampu memberikan keterlihatan, membina permintaan serta memperkenalkan bakat dan karya tempatan kepada khalayak lebih luas.

“Saya percaya sebagai seorang artis dan model, kita juga ada tanggungjawab. Kita berada dalam satu ekosistem yang saling berkait dan kalau kita mempunyai platform, kita perlu gunakan platform itu untuk membuka peluang kepada orang lain.

“Bukan hanya untuk diri kita, tetapi bagaimana kita boleh membantu designer, grafik, model, stylist, photographer dan pemain industri lain mendapat peluang.

Advertisement

“Bagi saya, itu juga sebahagian daripada tanggungjawab selebriti dalam membantu membangunkan ekonomi kreatif,” katanya.

Dalam konteks REKA RONA 2026, Bkay berkata acara tersebut tidak dibangunkan sebagai platform pasaran komersial buat masa ini.

Sebaliknya, penekanan diberikan terhadap pembangunan perniagaan menerusi pendedahan, pengalaman industri, pengiktirafan dan keterlihatan terutama kepada pereka baharu serta bakat muda.

Bagaimanapun, PEFEM mahu melihat REKA RONA berkembang sehingga mampu membuka akses kepada pasaran, peruncitan, e-dagang, kerjasama dan peluang komersial pada masa hadapan.

“Bakat boleh dibangunkan menjadi jenama, kreativiti mampu mencipta nilai, manakala idea boleh dikembangkan menjadi sebuah perniagaan,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Tali Jam 1.0CM (29961099TJ)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Tali Jam 1.0CM (29961099TJ)

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Must Watch Video

Advertisement