Skip to main content

Kpop

Blackpink Lakar Sejarah, Jadi Artis Pertama Dunia Ada Lebih 100 Juta Subscriber

Astro Gempak blackpink

Sekilas

  • Blackpink menjadi artis pertama yang mencapai lebih 100 juta pelanggan di saluran YouTube rasmi mereka.
  • YouTube memberikan anugerah Red Diamond Creator Award kepada YG Entertainment sebagai pengiktirafan pencapaian ini.
  • Blackpink akan melancarkan album ketiga mereka, Deadline, pada 27 Februari dengan single pertama berjudul GO selepas lebih tiga tahun lima bulan berehat.
Advertisement

Blackpink mencetak sejarah terbaru dunia hiburan apabila memiliki lebih 100 juta pelanggan (subscriber) di saluran YouTube rasmi mereka.

Jumlah lebih 100 juta pelanggan itu menjadi Blackpink sebagai artis pertama yang mencapai angka tersebut, lapor Soompi.

Advertisement

Fakta mengenai pencapaian luar biasa grup yang berasal dari Korea Selatan itu diumumkan secara rasmi oleh pihak YouTube pada hujung minggu lalu.

Di atas pencapaian tersebut, Blackpink juga telah menerima anugerah khusus iaitu Red Diamond Creator Award yang diberikan YouTube kepada syarikat mereka, YG Entertainment.

Pencapaian hebat ini diraih sewaktu Blackpink yang dianggotai Lisa, Rose, Jennie dan Jisoo siap untuk kembali dengan album ketiga mereka yang berjudul Deadline. Album tersebut dijadual akan menemui peminat pada 27 Februari ini.

Advertisement

Diberitakan, single pertama daripada album tersebut berjudul GO, sekaligus menjadi projek pertama Blackpink selepas lebih tiga tahun lima bulan tidak bergerak dalam kumpulan.

Anda mungkin berminat dengan

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

adidas Lifestyle Lightblaze Shoes Men Black JQ7199

Georgette Saree with Blouse and Diamond Work For Women

Georgette Saree with Blouse and Diamond Work For Women

SOCKSTUDIO Invisible Height increase insole shoes men insole arch support insole tapak kasut pelapik kasut insole men 鞋垫

SOCKSTUDIO Invisible Height increase insole shoes men insole arch support insole tapak kasut pelapik kasut insole men 鞋垫

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

Must Watch Video

Advertisement