Skip to main content

Bollywood

Bobby Deol Dedah Isteri Urus Rumah Tangga & Tanggung Kewangan: “Saya Sibuk Mabuk...”

Astro Gempak bobbydeol

Sekilas

  • Bobby Deol berkongsi pengalaman gelapnya ketika bergelut dengan ketagihan alkohol selepas kurang mendapat tawaran berlakon pada akhir 90-an dan awal 2000-an.
  • Isterinya, Tanya, memainkan peranan penting dalam menyelamatkan rumah tangga mereka dan menguruskan kewangan keluarga ketika Deol menghadapi masalah tersebut.
  • Deol kini kembali aktif dalam industri lakonan dengan filem Animal dan drama Bandar yang akan ditayangkan mulai 5 Jun ini.

Bintang senior Bollywood, Bobby Deol yang kini kembali mendapat perhatian pengarah mendedahkan kisah kehidupannya yang ‘gelap’ selepas kurang mendapat tawaran berlakon selepas menjadi rebutan sekitar akhir tahun 90-an dan awal 2000.

Menurut aktor yang kini berusia 57 tahun, dia mula terjerumus dengan kegiatan minum arak atau mabuk untuk menghilangkan keresahan kerana tidak lagi menjadi pilihan pengarah. Bintang filem Barsaat  itu memberitahu ia sebagai fasa paling gelap dalam kehidupannya.

“Apabila anda berputus asa, anda akan melakukan hal yang tidak dijangka. Itu adalah normal untuk kita sebagai manusia.

“Kita fikir dunia telah berakhir, semua orang membenci kita dan kemudian kita terjebak dengan ‘hobi’ baharu yang kononnya boleh menyelamatkan keadaan.

“Jadi saya mula minum dan menjadi ketagih. Jadi pemabuk,” ujarnya seperti dilaporkan The Hindustan Times.

Deol kemudian mendedahkan, sepanjang fasa dirinya ketagih dengan alkohol, isterinya, Tanya mengambil alih hal urusan rumah tangga. Menyifatkan Tanya sebagai penyelamat, Deol juga memberitahu anak-anak pernah bertanya mengapa dia banyak menhabiskan masa di rumah sementara ibu mereka sentiasa sibuk bekerja.

“Tanya banyak membantu saya. Jika tiada Tanya, saya tidak akan berada di sini hari ini. Dia uruskan rumah tangga. Dia uruskan kewangan kami. Semua perbelanjaan rumah adalah hasil daripada pendapatannya.

“Pada satu tahap anak-anak mula bertanya kenapa saya hanya duduk di rumah tetapi ibu mereka sibuk keluar bekerja,” dedahnya.

Tanpa menceritakan secara terperinci bagaimana dirinya berjaya keluar daripada fasa gelap itu, Deol menjawab dakwaan spekulasi isterinya mahu berpisah selepas dia berdepan ketagihan alkohol.

“Seperti saya mendengar satu jenaka. Wanita sangat kuat dari segi mental dan fizikal. Ya, mungkin Tanya pernah ugut untuk tinggalkan saya, tapi tidak pernah benar-benar meninggalkan saya, sementara saya masih dengan ketagihan yang sama,” katanya.

Malah, Deol memberitahu selain ketagih alkohol, dirinya juga dimarahi isteri kerana terjebak dengan trend pembelian secara atas talian.

“Dia akan marah dan menunjukkan bil yang telah saya belanjakan terhadap perkara tidak berfaedah,” katanya.

Deol mula mendapat perhatian semula selepas terlibat dengan filem Animal beberapa tahun lalu. Dia kini sibuk mempromosi drama lakonan terkininya, Bandar yang diarahkan Anurog Kashyap dan dijadual tayang bermula 5 Jun ini.

Anda mungkin berminat dengan

Durable Stoking cotton socks premium cotton Stokin cotton Business 6 in 1 BOX Breatheable Sport Sock

Durable Stoking cotton socks premium cotton Stokin cotton Business 6 in 1 BOX Breatheable Sport Sock

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

Bayu Somerset Melour Kebaya Selene

Bayu Somerset Melour Kebaya Selene

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Must Watch Video

Advertisement