Skip to main content

Hiburan

BoBoiBoy Sambut Ulang Tahun Ke-15, Dapat ‘Call’ Istimewa Daripada Geng 3 Pagi Era

Papa Zola The Movie

Sekilas

  • BoboiBoy diraikan dengan kejutan istimewa sempena ulang tahun ke-15 dalam segmen 3 Pagi Era bersama Radin, Nabil dan Pak Azad.
  • BoboiBoy berkongsi impian untuk membawa filem 'Papa Zola The Movie' ke rumah semua peminat agar dapat ditonton bersama keluarga.
  • Filem 'Papa Zola The Movie' akan ditayangkan di Astro First mulai 19 Mac dengan harga RM15 untuk tontonan tanpa had selama 48 jam melalui saluran 480, On Demand dan aplikasi Sooka.

Watak animasi popular, BoboiBoy menerima kejutan istimewa daripada segmen 3 Pagi Era bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-15.

Menerusi perkongsian dimuat naik akaun Astro First di Instagram (IG) penyampai radio bagi segmen tersebut iaitu Radin, Nabil dan Pak Azad menzahirkan ucapan ‘happy birthday’ sebelum disambut mesra BoboiBoy.

Ketika ditemu bual, BoboiBoy sempat berkongsi impian bersempena ulang tahun kelahirannya apabila berhasrat membawa filem ‘Papa Zola The Movie’ ‘rumah’ semua orang agar para peminat dapat tonton bersama seisi keluarga.

“BoboiBoy nak bawa filem Papa Zola The Movie ke rumah semua orang,” kata BoboiBoy.

Hasrat tersebut dilihat bakal menjadi kenyataan apabila Papa Zola The Movie bakal menemui penonton di platform Astro First bermula 19 Mac ini.

Penonton boleh menonton filem ini melalui saluran 480, perkhidmatan On Demand atau menerusi aplikasi penstriman Sooka.

Papa Zola The Movie boleh dilanggan dengan harga hanya RM15 untuk tontonan tanpa had selama 48 jam bermula 19 Mac, sekali gus memberi peluang kepada peminat menonton aksi dan telatah Papa Zola yang pastinya mencuit hati penonton.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Must-Watch Video

Advertisement