Skip to main content

Selebriti

“Boleh Tak Jangan Kalut Nak Kutuk Ibu-Ibu Lepas Bersalin Ni” - Bella Park Geram, Masih Ada Yang Judge Badan Nampak Berisi

“Boleh Tak Jangan Kalut Nak Kutuk Ibu-Ibu Lepas Bersalin Ni” - Bella Park Geram, Masih Ada Yang Judge Badan Nampak Berisi

Sekilas

  • Bella Park berkongsi rasa kecewa apabila masih menerima komen negatif tentang bentuk badannya selepas bersalin walaupun sedang berusaha menurunkan berat badan.
  • Dia menjelaskan proses menurunkan berat badan selepas bersalin memerlukan masa dan usaha, serta tidak berlaku secara cepat walaupun dia menjaga pemakanan dengan baik.
  • Bella berharap orang ramai memberi ruang dan tidak mengkritik ibu-ibu baru bersalin kerana mereka juga sedang menyesuaikan diri dengan perubahan fizikal dan kehidupan baru.
Advertisement

Personaliti media sosial, Bella Park meluahkan rasa kurang senang apabila masih ada lagi segelintir individu yang gemar memberikan komen mengenai bentuk badannya selepas bersalin.

Menerusi hantaran di platform Threads, Bella berkata dia kini masih dalam proses untuk menurunkan berat badan dan sedang berusaha menjaga pemakanan selepas melahirkan anak.

Advertisement

“Tak faham kenapa kalut nak komen ‘bella berisinya’, ‘bambam dah bella’, ‘gemuk’. Kitanya baru lepas bersalin wak.

“Nak kalut kalut kurus pun nak pegi mana, ni saya tak kata saya kurus pun. Saya dok update tengah struggle turunkan berat badan.

“Sekarang saya 159cm, 60kg, bmi saya bukan overweight tapi memang naik dari sebelum mengandung dulu,” jelasnya.

Advertisement

Tegas Bella lagi, proses untuk kembali kepada berat badan sebelum mengandung bukan sesuatu yang berlaku dalam tempoh singkat, malah memerlukan masa dan usaha.

Bella juga berharap orang ramai dapat memberikan ruang kepada ibu yang baru bersalin untuk menyesuaikan diri dengan perubahan fizikal dan kehidupan baharu tanpa perlu berdepan komen yang boleh menyinggung perasaan.

“Biasalah, boleh tak jangan kalut kalut nak kutuk ibu-ibu lepas beranak ni, kami struggle juga tau, gemuk pun bukannya kacau orang pun.

“Bella pernah di fasa kena kutuk gila-gila sampai dipanggil babi dulu sebab gemuk masa tu 85kg, sekarang alami balik kena hadap mulut mulut manusia sempurna ni,” tulisnya.

“Bukan mudah nak turun berat, saya hari-hari jaga makan sekarang tapi hormon saya tak menentu lepas bersalin, dengan berat yang mengandung haritu tak surut surut lagi.

“Bukan saya tak cuba, hari-hari cuba jaga makan, takkan lah macam magic terus kurus,” tegasnya.

Sumber: Threads @bellapark12

 

Anda mungkin berminat dengan

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement