Skip to main content

Hiburan

Boleh Terima 'Job' Tapi Anzalna & Suami Tetap Utamakan Pendidikan Anak

Anzalna Nasir
Advertisement

Pelakon, Anzalna Nasir tidak menolak untuk menerima sebarang tawaran membabitkan anak sulungnya, Eidrees.

Bagaimanapun, dia tetap mahu mengutamakan Eidrees dan hanya memilih kerja yang sesuai memandangkan anaknya masih kecil.

Advertisement

“Rezeki jangan ditolak. Even sekarang pun dah macam-macam offer yang masuk dan kita kena pilihlah sebab Eidrees masih kecil kan. Kita tak nak dia penat bekerja ke apa,” katanya ringkas kepada Gempak.

Sementara itu, suaminya, Hanif Zaki turut berkongsi pandangan bahawa mereka tidak pernah menutup pintu rezeki, namun segala keputusan perlu dibincangkan bersama.

“Rasanya, I will never stop tapi akan berbincang dengan isteri dulu. Of course kita nak utamakan pelajaran dia, that is above all.

“Tapi kalau bersesuaian waktu dan okay, why not jugalah kan? Good exposure for him,” jelas Hanif.

Keluarga ini ditemui selepas selesai menjadi penyampai di Anugerah Gempak Most Wanted Awards.

Dalam pada itu, anak pasangan ini turut meluahkan rasa teruja selepas diberi peluang untuk menjadi penyampai anugerah pada acara tersebut.

"Saya sangat suka," ujarnya ringkas. 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement