Skip to main content

Rancangan Realiti

Borneo Rising: Dabra & Petrova Bersaing Rapat, Afiq & Syukri Gagal Mara Ke Separuh Akhir

Borneo Rising: Dabra & Petrova Bersaing Rapat, Afiq & Syukri Gagal Mara Ke Separuh Akhir

Sekilas

  • Dabra berjaya merampas kedudukan teratas minggu keenam Borneo Rising dengan markah 69.63%, diikuti Petrova dan Joy di tempat kedua dan ketiga.
  • Dabra juga memenangi Persembahan Paling Power dan membawa pulang hadiah RM1,000 pada minggu bertemakan Power Mashup Medley.
  • Afiq diumumkan tersingkir manakala program ini dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad, disiarkan setiap Ahad di Astro Ria dan TV Okey.
Advertisement

 

Jika sebelum ini tangga teratas diungguli bintang Borneo Rising, Petrova, kali ini Dabra pula berjaya merampas kedudukan dengan meraih markah tertinggi pada minggu keenam.

Advertisement

Menerusi persembahan lagu What It Sounds Like nyanyian Huntrix dan Oh Huminodun nyanyian Elica Paujin, Dabra menerima markah keseluruhan sebanyak 69.63 peratus daripada juri tetap.

Bagi Persembahan Paling Power sumbangan CelcomDigi, Dabra turut dinobatkan sebagai pemenang pada segmen terakhir dan membawa pulang hadiah sebanyak RM1,000.

Sementara itu, tempat kedua dan ketiga pula masing-masing menjadi milik Petrova dan Joy dengan masing-masing markah kesuluruhan sebanyak 67.63 peratus dan 65.89 peratus.

Advertisement

Minggu bertemakan Power Mashup Medley tersebut turut menyaksikan Harris dan Harvard  di kedudukan terbawah selepas memperoleh markah keseluruhan yang rendah.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Afiq dan Syukri apabila mereka diumumkan tersingkir di pentas penuh berprestij itu, sekali gus menamatkan hasrat mereka untuk melangkah ke pusingan separuh akhir.

Berikut merupakan markah penuh bagi minggu keenam Borneo Rising:

frg

Untuk minggu keenam, Bintang Borneo Rising diadili oleh tiga juri tetap iaitu Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah serta juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat.

Penjurian Borneo Rising ditentukan menerusi 80 peratus pemarkahan daripada juri profesional dan 20 peratus lagi berdasarkan undian penonton.

Borneo Rising dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad selama lapan minggu, bermula 6 September 2026 hingga 25 Oktober 2026.

Program itu disiarkan secara langsung dari ITCC Mall, Penampang, Sabah, setiap Ahad, jam 9 malam.

Borneo Rising boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), selain boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must Watch Video

Advertisement