Sekilas
- Dabra menduduki tempat pertama minggu pertama Bintang Borneo Rising dengan lagu Wicked Game dan markah 78.95%, membawa pulang hadiah RM1,000.
- Petrova dan Syukri berada di tangga kedua dan ketiga dengan markah masing-masing 76.92% dan 72.28%, manakala Faris diselamatkan juri walaupun markah rendah.
- Program ini diadili oleh Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah, disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan TV Okey, serta boleh distrim melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.
Bintang Borneo Rising (BR), Dabra mengungguli pentas minggu pertama selepas berjaya menduduki tangga teratas.
Membawakan lagu Wicked Game nyanyian asal Chris Isaa, Dabra berjaya memperoleh markah keseluruhan sebanyak 78.95 % daripada juri tetap.
Dabra turut membawa pulang RM 1,000.00 selepas dipilih sebagai pemenang Persembahan Paling Power sumbangan CelcomDigi di segmen terakhir.
Sementara itu, Petrova dan Syukri pula berjaya menduduki tangga tiga teratas dengan markah 76.92% dan 72.28%
Minggu This Is Me ini juga menyaksikan tiga peserta Faris, Rizzani dan juga Aadel berada di kedudukan bawah apabila mendapat markah keseluruhan terendah.
Bagaimanapun, pihak juri telah mengambil keputusan untuk menyelamatkan Faris di saat akhir, dan Rizzani serta Aadel akan menentukan nasib mereka di pentas Borneo Rising pada minggu ke-2 dengan pertandingan battle di segmen pertama.
Bintang Borneo Rising diadili oleh tiga juri tetap iaitu Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah
Penjurian Borneo Rising bakal ditentukan dengan 80% pemarkahan dari juri professional dan 20% dari undian
penonton.
Dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad selama 8 minggu bermula dari 6 September 2026 sehingga 25 Oktober 2026 secara langsung dari ITCC Mall, Penampang Sabah, setiap Ahad jam 9PM, menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), serta boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.