Sekilas
- Zizan Razak memohon maaf jika terdapat kekurangan sepanjang mengendalikan minggu pertama program Borneo Rising yang berlangsung pada Ahad lalu.
- Beliau menghargai kerjasama rakan pengacara, Sherry Alhadad, yang memberikan tenaga positif sepanjang program.
- Borneo Rising akan bersiaran selama 8 minggu setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria, TV Okey, dan platform On Demand bermula 6 September 2026.
Selebriti versatil, Zizan Razak memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang dirinya mengendalikan minggu pergama program Borneo Rising yang berlangsung pada Ahad lalu.
Ujar Zizan atau nama lengkapnya Mohd Razizan Abdul Razak, mungkin terdapat beberapa kesalahan dari pihaknya memandangkan dirinya sudah lama tidak mengendalikan program sedemikian sebagai pengacara.
“Maaf jika terkasar bahasa, ampun bila salah bicara. Sudah lama tak mengacara.
“Minggu pertama sudah pun selesai untuk Borneo Rising. Taring dan kuku sudah muncul daripada para peserta walaupun malu-malu,” tulisnya.
Dalam masa yang sama, Zizan turut merakamkan penghargaan buat rakan pengacaranya, Sherry Alhadad yang disifatkannya sebagai seorang ‘sparring partner’ yang saling melengkapi.
“And thanks so much for my lovely partner on stage Sherry Alhadad untuk energy yang sangat positive.
“So Malaysia, kita jumpa next week untuk Borneo Rising,” tambahnya lagi.
Dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad, Borneo Rising akan bersiaran selama 8 minggu bermula dari 6 September 2026 sehingga 25 Oktober 2026 secara langsung dari ITCC Mall, Penampang Sabah, setiap Ahad jam 9PM, menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), serta boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.
Sumber: Threads