Drama terbaharu di slot Megadrama dan menjadi tumpuan ramai iaitu Bahagia Yang Tertangguh, akhirnya bakal menemui penonton malam ini.
Mengangkat kisah realiti moden tentang ‘isteri provider’ dan konflik dengan ipar yang toksik ini sudah mencuri perhatian sejak klip promosinya tular di media sosial.
Rata-rata penonton meluahkan rasa tidak sabar menantikan episod pertama, malah sudah ada yang membuatteori awal mengenai watak-watak dalam drama tersebut.
Dibarisi pelakon hebat seperti Nad Zainal, Izzue Islam, Kamal Adli, Rozita Che Wan, Datin Seri Nina Juren, Mimi Erdina, Rosnah Johari, Riz Amin dan Adrean Mateen, drama ini dijangka menjadi fenomena seterusnya dalam slot Megadrama.
Saksikan Bahagia Yang Tertangguh bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan juga di aplikasi Sooka untuk strim di mana sahaja.