Skip to main content

Hiburan

Bryan Domani Kongsi Detik Cemas, Kru Didakwa Dirasuk Di Lokasi Penggambaran Para Perasuk - "Tiba-Tiba Menjerit..."

Astrogempak bryan

Sekilas

  • Pelakon Indonesia Bryan Domani berkongsi pengalaman kru produksi yang mengalami kerasukan semasa penggambaran di lokasi mata air terpencil.
  • Insiden berlaku ketika Bryan dan rakan pelakon lain sedang bermain Ludo sebelum dikejutkan dengan keadaan kecoh apabila seorang penari diusung sambil menjerit.
  • Penggambaran terpaksa dihentikan sementara sebelum disambung semula selepas keadaan kembali terkawal, dengan hanya seorang kru mengalami kejadian tersebut.
Advertisement

Pelakon Indonesia, Bryan Domani berkongsi pengalaman mencemaskan apabila salah seorang kru produksi didakwa mengalami kerasukan ketika menjalani penggambaran sebuah naskhah.

Menurut Bryan, insiden tersebut berlaku ketika mereka sedang menjalani penggambaran di sebuah kawasan mata air yang terletak agak jauh dan terpencil.

Advertisement

"Ada salah seorang pemain harian, dia seorang penari. Dia mengalami kesurupan ketika kami sedang menjalani penggambaran di kawasan mata air itu.

"Lokasinya agak jauh dan terpencil. Kami perlu turun ke kawasan itu dan cuacanya juga sangat panas," katanya.

Bryan berkata, ketika kejadian dia sedang meluangkan masa bersama rakan pelakon lain bermain permainan Ludo sebelum dikejutkan dengan suasana kecoh.

"Saya ketika itu bersama Ciko dan Angga sedang bermain Ludo di tablet. Tiba-tiba kami nampak seorang wanita diusung sambil menjerit.

"Kami tertanya-tanya apa yang berlaku, rupa-rupanya dia mengalami kesurupan," ujarnya.

Susulan kejadian itu, pihak produksi terpaksa menghentikan penggambaran buat sementara waktu sebelum menyambung semula proses penggambaran selepas keadaan kembali terkawal.

"Memang benar ada seorang yang mengalami kesurupan. Kami berhenti seketika sebelum meneruskan semula penggambaran.

"Yang lain semuanya okey, cuma seorang sahaja yang mengalami kejadian itu," katanya.

Filem Para Perasuk diarahkan oleh Wregas Bhanuteja dan dibintangi oleh Bryan Domani, Chicco Kurniawan, Maudy Ayunda, Angga Yunanda, dan Anggun. 
 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement