Sekilas
- BTS umum akan kembali aktif dalam industri hiburan bermula 20 Mac 2026 selepas empat tahun berehat.
- Semua tujuh anggota BTS telah selesai menjalani latihan ketenteraan wajib di Korea Selatan dan kini bersedia bertemu peminat.
- Album studio terbaru mereka akan dilancarkan pada 2026, menjadi karya pertama sejak album Be pada tahun 2020.
Berita baik buat ARMY atau peminat BTS di seluruh dunia. Selepas empat tahun berehat, kumpulan K Pop tersohor itu mengumumkan sudah bersedia kembali ke kancah hiburan menerusi karya terbaharu mereka.
Bukan hanya cakap kosong, BTS juga memberitahu mereka akan kembali aktif bermula 20 Mac 2026.
Menerusi nota yang diberikan pihak agensi, kesemua tujuh anggota BTS iaitu RM, Jin, Jimin, V, Suga, Jung Kook dan j-hope sangat bersemangat menemui peminat selepas selesai menjalani latihan ketenteraan yang diwajibkan kepada semua lelaki di Korea Selatan.
“Pasti, BTS kembali pada 20 Mac ini,” cuit BigHit Music di platform X, lapor AP.
Terdahulu, Suga menjadi anggota terakhir yang selesai menjalani khidmat latihan ketenteraan. Di sepanjang waktu menunggu Suga menamatkan khidmat, anggota BTS yang lain melakukan projek solo sepanjang kumpulan tersebut berehat.
Kelahiran album pada tahun 2026 akan menjadi yang pertama sejak 2022 selepas Proof dan kompilasi versi Jepun, BT, The Best (2021). Album studio terakhir mereka berjudul Be dipasarkan pada 2020.