Skip to main content

Selebriti

BTS Pecah Rekod Dunia, Kalahkan Beyonce Menerusi Jelajah ARIRANG, Raih RM2 Bilion Dalam Tempoh 4 Bulan

BTS Pecah Rekod Dunia, Kalahkan Beyonce Menerusi Jelajah ARIRANG, Raih RM2 Bilion Dalam Tempoh 4 Bulan

Sekilas

  • BTS berjaya mencatat kutipan tiket tertinggi jelajah dunia suku ketiga tahun ini dengan jumlah AS$465.8 juta (RM1.96 bilion) menerusi jelajah ‘ARIRANG’.
  • Jelajah ‘ARIRANG’ melibatkan 38 persembahan di bandar utama seperti Tokyo, Madrid, dan Las Vegas yang menarik lebih 2.3 juta peminat.
  • BTS akan meneruskan jelajah Amerika Selatan bermula Oktober dan album ‘ARIRANG’ kekal dalam carta Billboard 200 selama 26 minggu berturut-turut.
Advertisement

Kumpulan sensasi Korea Selatan, BTS, sekali lagi mencipta sejarah apabila jelajah dunia mereka, ‘ARIRANG’, berjaya mencatat pencapaian luar biasa dalam industri konsert global.

Menurut penerbitan industri konsert Amerika Syarikat, Pollstar, BTS menduduki tempat pertama dari segi jumlah kutipan tiket jelajah bagi suku ketiga tahun ini.

Advertisement

Angka yang dikeluarkan pada 23 September lalu itu meliputi tempoh antara 13 November 2025 hingga 12 Ogos 2026, lapor AllKPop.

Menerusi laporan sama, jelajah ‘ARIRANG’ yang bermula pada April lalu, BTS berjaya meraih kira-kira AS$465.8 juta (RM1.96 bilion) sepanjang tempoh berkenaan.

Lebih mengagumkan, BTS mengadakan sebanyak 38 persembahan di beberapa bandar utama termasuk Goyang, Tokyo, Tampa, El Paso, Mexico City, San Francisco, Busan, Madrid dan London. Kesemua persembahan tersebut berjaya menarik seramai 2,314,140 peminat.

Advertisement

Apa yang lebih mencuri perhatian, BTS berjaya melepasi kutipan tertinggi jelajah tahun sebelumnya hanya dalam tempoh kira-kira empat bulan selepas angka kutipan mereka mula direkodkan.

Jumlah semasa BTS itu turut mengatasi AS$407.6 juta (RM1.72 bilion) yang diraih menerusi jelajah ‘Cowboy Carter Tour’ oleh Beyoncé pada tahun sebelumnya.

Las Vegas pula mencatatkan jumlah jualan tiket tertinggi bagi jelajah ‘ARIRANG’.

BTS mengadakan empat persembahan di Allegiant Stadium pada Mei lalu dan berjaya menghimpunkan seramai 245,691 peminat sepanjang empat hari tersebut.

Menurut Pollstar, persembahan BTS di Las Vegas sahaja menjana kira-kira AS$66.6 juta (RM280 juta) menerusi jualan tiket.

Namun, rekod kutipan jelajah ‘ARIRANG’ masih belum berakhir.

BTS dijadualkan memulakan segmen jelajah Amerika Selatan di Bogotá pada 2 Oktober dengan sebanyak 14 persembahan bakal berlangsung di lima bandar.

Sementara itu, BTS  turut terus mencatatkan prestasi memberangsangkan di carta Billboard Amerika Syarikat.

Album studio kelima mereka, ‘ARIRANG’, kini berada di kedudukan ke-30 carta Billboard 200, sekali gus menandakan minggu ke-26 berturut-turut album berkenaan berada dalam carta tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

💖Local delivery💖LED Glow Flashing Light Sticks for Wedding Celebration Vocal Concerts Atmosphere Props Party Supplie glow stick light stick~

💖Local delivery💖LED Glow Flashing Light Sticks for Wedding Celebration Vocal Concerts Atmosphere Props Party Supplie glow stick light stick~

【MY Local】 LED Luminous Glasses Glow Glasses Glow in the Dark Party Bar Concert Props Night Glasses Fluorescent Glasses Event Supplies

【MY Local】 LED Luminous Glasses Glow Glasses Glow in the Dark Party Bar Concert Props Night Glasses Fluorescent Glasses Event Supplies

Must Watch Video

Advertisement