Skip to main content

Hiburan

“Buat Apa Nak Malu? Saya Tidak Melakukan Jenayah” - Yasin Sulaiman

“Buat Apa Nak Malu? Saya Tidak Melakukan Jenayah” - Yasin Sulaiman

Sekilas

  • Yasin Sulaiman mengaku kesal kerana melanggar undang-undang negara tetapi tidak merasa malu kerana tidak melihat dirinya sebagai penjenayah.
  • Pada 22 Ogos 2024, Yasin dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan atas tiga pertuduhan dadah, namun keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 28 April 2025.
  • Mahkamah Rayuan mengesahkan Yasin tidak waras ketika kesalahan dilakukan dan memerintahkan beliau ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta mengikut perkenan Sultan Selangor.
Advertisement

Penyanyi, Yasin Sulaiman mengakui dirinya berasa kesal kerana telah melakukan perkara yang telah melanggar undang-undang negara.

Walau bagaimanapun, Yasin memaklumkan dia tidak pernah berasa malu kerana tidak pernah melihat dirinya sebagai seorang penjenayah.

Advertisement

“Saya tidak pernah melihat diri saya sebagai penjenayah. Oleh itu, saya tidak berasa malu. Sudah tentu saya kesal dan menyesal kerana telah melanggar undang-undang.

“Kita hidup di Malaysia, ada undang-undang. Kita juga ada Rukun Negara yang mana kita perlu menjunjung kedaulatan undang-undang.

“Jadi, saya memang sudah melakukan kesalahan. Tetapi dalam saya melakukan kesalahan itu, niat saya baik,” katanya kepada Gempak.

Yasin berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media lagu terbaharu nyanyiannya yang bertajuk Yang Tinggal’ bertempat di Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Yasin turut menyanyikan lagu tersebut bersama dua penyanyi rap terkenal iaitu Malique dan Zizi Kirana.

Ditanya mengenai pendekatannya yang dilihat lebih terbuka selepas keluar dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Yasin memaklumkan bahawa dia tidak malu malah selesa untuk bercakap dan berkongsi mengenai apa yang dilaluinya.

“Buat apa nak malu? Saya tidak melakukan jenayah. Jadi, saya tahu bahawa saya bukan seorang penjenayah dan apa yang saya lakukan itu bukan satu jenayah.

“Kes saya tidak mempunyai mangsa. Bagaimana saya hendak dianggap sebagai penjenayah kalau tiada mangsa? Kalau jenayah itu berlaku, mesti ada mangsa.

“Bunuh orang, curi duit dan aniaya orang, itu jenayah. Jadi, kes saya ini tidak mempunyai mangsa,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, pelantun lagu Mimpi Laila ini menegaskan dia tidak akan mengulangi kesilapan sama dan melanggar mana-mana undang-undang dalam negara selepas ini.

“Daripada apa yang berlaku, saya tidak akan melanggar undang-undang lagi.

“Saya tidak akan melanggar mana-mana undang-undang di Malaysia, sama ada undang-undang itu betul atau tidak, tidak berapa baik atau sebagainya.

“Janji ia adalah undang-undang, saya tidak akan melanggarnya. Walaupun lampu isyarat merah,” tambahnya.

Yasin pada 22 Ogos 2024 dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi, selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya. 

Hakim Datuk Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya yang sebelum itu melepas dan membebaskan penyanyi serta komposer berkenaan daripada semua pertuduhan.

Pada 29 November 2023, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan Yasin daripada tiga pertuduhan dadah, namun memerintahkan beliau ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, selama tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor.

Bagaimanapun, pada 28 April 2025, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Yasin terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali sebulat suara mengetepikan sabitan bersalah serta hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan yang dijatuhkan terhadap penyanyi dan komposer itu.

Mahkamah Rayuan turut mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 November 2023 yang melepas dan membebaskan Yasin daripada tiga pertuduhan dadah atas alasan beliau berada dalam keadaan tidak waras ketika kesalahan dilakukan.

Dalam keputusan sama, mahkamah mengekalkan perintah supaya Yasin ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, mengikut perkenan Sultan Selangor.

Mahkamah antara lain menerima keterangan pakar psikiatri forensik bahawa Yasin mempunyai sejarah gangguan bipolar yang didokumenkan sejak beberapa tahun sebelum kejadian.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement