Pelakon jelita, Anzalna Nasir menitipkan pesanan kepada pengikutnya di media sosial tentang pentingnya bersikap positif dan ikhlas dalam menjalani kehidupan seharian.
Menerusi satu perkongsian di platform Thread, Anzalna, 36, mengingatkan bahawa walaupun sikap baik dan berfikiran positif terhadap orang lain merupakan sesuatu yang baik, namun ia juga boleh membuka ruang kepada sesetengah pihak untuk mengambil kesempatan.

Advertisement
“Berfikiran positif dan buat baik dengan orang itu memang bagus, cuma kadang ada yang ambil kesempatan.
“Kalau niat kita ikhlas, Allah tahu, dan Dia akan lindungi kita dengan menjauhkan kita daripada orang yang tak ikhlas,” tulisnya.
Dalam masa sama, pelakon drama Memori Cinta Suraya itu turut menekankan supaya tidak mempertikaikan apa jua ujian atau ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah.
“Percayalah, dalam setiap duka Allah tetap selitkan kegembiraan. Apa saja yang Allah atur, itulah yang terbaik. Jangan pernah kita persoalkan,” ujarnya lagi.
Sumber: Thread