Skip to main content

Hiburan

“Buat Pertama Kali, Saya Tak Takut Lagi Dengan Masa Depan” – Kaka Azraff

Astro Gempak 530

Sekilas

  • Kaka Azraff berkongsi di media sosial bahawa dia kini lebih kuat dan tidak lagi takut menghadapi masa depan selepas perceraian.
  • Penyanyi itu mengesahkan perceraian talak dua dengan Adam Azriff di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam baru-baru ini.
  • Mereka mempunyai tiga anak dan sebelum ini pernah bercerai serta rujuk semula sebelum keputusan perceraian kali ini.
Advertisement

Hantaran ringkas dimuat naik penyanyi Kaka Azraff menerusi media sosial mengundang perhatian ramai apabila dilihat memberi bayangan dirinya kini semakin kuat meneruskan kehidupan selepas melalui episod perceraian.

Menerusi perkongsian di Threads, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff muat naik status yang melauahkan perasaan mengenai perjalanan hidupnya ketika ini.

df


“Dan untuk pertama kalinya selepas sekian lama, aku tidak lagi takut pada masa depan,” tulisnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan pengikut yang rata-rata mendoakan kebahagiaan dan ketenangan buat penyanyi berusia 37 tahun itu.

Terdahulu, Kaka mengesahkan rumah tangganya bersama Adam Azriff berakhir selepas mereka sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Khamis lalu.

Menurut pelantun lagu Bukan Hal Aku itu, dia menerima ketentuan tersebut dengan hati terbuka selepas pelbagai usaha dilakukan untuk mempertahankan perkahwinan yang dibina sejak tahun 2018.

Sebelum itu, pasangan berkenaan pernah bercerai pada 28 Oktober 2024 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula pada awal tahun ini.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 7, Aryan, 5, dan Atta Adam yang kini berusia dua tahun.

Advertisement

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Vintage Long Sleeve Breasted Ruffled Crew Neck Blouse

ZANZEA Women Vintage Long Sleeve Breasted Ruffled Crew Neck Blouse

【READY STOCK AT MALAYSIA】Korean Women Sleeveless Singlet Inner Crop Top Shirt Turtleneck Camisole female Tight-fitting

【READY STOCK AT MALAYSIA】Korean Women Sleeveless Singlet Inner Crop Top Shirt Turtleneck Camisole female Tight-fitting

READY STOCK Pajama Wanita Saiz Besar Camisole + Seluar Pendek - ILONA

READY STOCK Pajama Wanita Saiz Besar Camisole + Seluar Pendek - ILONA

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

ELGINI E16152 Seluar Bootcut Wanita S-XXL | Women’s Bootcut Pants

Must Watch Video

Advertisement