Skip to main content

Hiburan

Budak 46 Tolak Terima Sumbangan, Mahu Buat Affiliate Selagi Mampu - “Ada Yang Minta QR Code…”

Budak 46

Sekilas

  • Budak 46 menolak tawaran bantuan kewangan dan memilih untuk terus mencari rezeki sendiri melalui video affiliate di media sosial.
  • Adiknya, Cuna, berkongsi keadaan Budak 46 yang menghidap retinitis pigmentosa dan menggesa orang ramai menyokong dengan membeli produk melalui pautan affiliate.
  • Budak 46 menghargai niat baik orang ramai tetapi menegaskan dia tidak memerlukan bantuan kewangan pada masa ini.
Advertisement

Pempengaruh media sosial Budak 46 berkongsi bahawa ada pihak yang menghubungi adiknya untuk mendapatkan kod QR bagi menyalurkan bantuan selepas keadaan terkininya tular dan meraih perhatian ramai, sejak beberapa yang lalu.

Walau bagaimanapun, Budak 46 atau nama sebenarnya Muhammad Ammarzulkha menolak bantuan tersebut kerana mahu terus mencari rezeki sendiri menerusi media sosial.

Advertisement

“Adik saya telefon beritahu yang minta ‘QR code’.

“Tak perlu, selagi saya boleh buat video affiliate, saya akan buat itu saja. Cuma, ada masa saya akan muat naik video dan ada masa tak muat naik tetapi tidaklah sampai sebulan atau dua bulan,” kongsinya dalam sebuah hantaran video.

Dalam masa yang sama, Budak 46 memaklumkan bahawa dia menghargai niat orang ramai untuk membantunya namun merasakan bahawa bantuan kewangan bukanlah satu perkara yang diperlukannya ketika ini.

“Jadi, hidup ini perlu diteruskan. Pedulilah apa orang nak kata. Daripada (bantuan) segi duit itu tak perlulah, saya tak nak,” katanya lagi.

Terdahulu, adik kepada Budak 46 yang dikenali sebagai Cuna menyorot perhatian apabila berkongsi keadaan abangnya yang menghidap retinitis pigmentosa, iaitu sejenis penyakit mata yang menyebabkan penglihatannya semakin merosot secara beransur-ansur.

Malah, Cuna turut berkongsi keadaan penglihatan abangnya semakin berkurangan dari hari ke hari sebelum meminta orang ramai memberi sokongan dengan membeli produk menerusi pautan affiliate milik Budak 46.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement