Skip to main content

Hiburan

Bukan Album Sahaja, ALPHA Bakal Jayakan Konsert Pertama ‘ The First Wave’ September Depan - “Ini Rezeki Kami, Harap Dapat...”

Astro Gempak 558

Sekilas

  • Kumpulan M-Pop ALPHA diumumkan akan mengadakan konsert sulung mereka, The First Wave, pada September depan secara mengejut tanpa pengetahuan ahli kumpulan terlebih dahulu.
  • Pengumuman konsert dan pelancaran album studio pertama mereka yang juga bertajuk The First Wave dibuat oleh Naib Presiden Rocketfuel Entertainment, Prem Rajahram Anand.
  • ALPHA yang dianggotai tujuh ahli terus mengukuhkan kedudukan dalam industri hiburan tempatan dengan identiti muzik segar dan sokongan peminat yang semakin berkembang.

Kumpulan M-Pop ALPHA tidak menyangka apabila dapat kejutan bakal mengadakan konsert sulung mereka, The First Wave pada September depan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Naib Presiden Rocketfuel Entertainment, Prem Rajahram Anand ketika sesi pelancaran album studio pertama mereka yang turut berjudul The First Wave di Pavillion Damansara Heights, Petaling Jaya, pada Ahad. 

Menurut anggota ALPHA, Araff, kesemua ahli kumpulan itu langsung tidak dimaklumkan mengenai perancangan konsert berkenaan sebelum ia diumumkan kepada umum.

“Tak tahu… memang tak tahu langsung. Seperti mana yang kita nampak tadi, dan bila Boss Prem bagi tahu, kami memang langsung tak tahu pasal benda ini.

“Sebab itu kami sangat terkejut dan dalam masa yang sama sangat gembira. Benda ini datang cepat, alhamdulillah.

“Ini rezeki kami dan kami harap dapat menjayakan konsert ini nanti,” katanya.

Bagi Daniel Sher pula, pengumuman tersebut merupakan detik yang sudah lama dinantikan oleh mereka sebagai sebuah kumpulan.

“Apabila Prem tunjukkan tentang konsert pertama itu, bagi saya dan kami semua, memang kami dah lama tunggu saat ini.

“Sebab kita tak pernah tahu bila kita akan ada konsert sendiri. Jadi walaupun agak terkejut, satu perkara yang saya boleh katakan ialah kami sudah bersedia,” ujarnya.

efgd

Sementara itu, Ariel Fesol berkata, impian untuk memiliki album dan konsert sendiri sememangnya menjadi sasaran utama setiap kumpulan yang bergelar anak seni.

“Sudah tentu bila kita dah berada dalam industri sebagai sebuah kumpulan penyanyi, album dan konsert adalah antara benda yang kita impikan.

“Untuk menghasilkan album sendiri, memperdengarkan karya-karya kita dan sudah tentu selepas ada album, kita mengharapkan konsert,” katanya.

Mengulas mengenai kejutan daripada pihak pengurusan, Ariel berkata mereka sememangnya sudah biasa menerima pengumuman tidak dijangka daripada Rocketfuel Entertainment.

“Kami selalu diberikan kejutan oleh pihak pengurusan kami. Malah masa album dulu pun sama.

“Masa mula-mula dapat tahu pasal album, tak silap saya masa itu ada mesyuarat. Kononnya pihak pengurusan nak marah kami, tapi tiba-tiba keluar pengumuman album debut ALPHA.

“Jadi kejutan hari ini pun lebih kurang sama suasananya. Kami sangat teruja dan tak sabar,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, selepas setahun mencipta fenomena tersendiri dalam arena M-Pop tempatan, ALPHA meraikan satu lagi pencapaian penting menerusi pelancaran album studio penuh pertama mereka berjudul The First Wave.

Dianggotai Daniel, Izat, Rizal, Ariel, Araff, Ray-D dan Sky, ALPHA terus mengukuhkan kedudukan sebagai antara kumpulan lelaki paling menonjol dalam industri hiburan tempatan menerusi identiti muzik yang segar, persembahan bertenaga serta sokongan peminat yang semakin berkembang dari hari ke hari.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

💖Local delivery💖LED Glow Flashing Light Sticks for Wedding Celebration Vocal Concerts Atmosphere Props Party Supplie glow stick light stick~

💖Local delivery💖LED Glow Flashing Light Sticks for Wedding Celebration Vocal Concerts Atmosphere Props Party Supplie glow stick light stick~

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video

Advertisement