Sekilas
- Kurt Cobain, vokalis Nirvana, meninggal dunia pada 5 April 1994 pada usia 27 tahun dan kematiannya dianggap sebagai bunuh diri oleh pihak polis Seattle.
- Sebuah kumpulan penyiasat persendirian mendakwa Cobain sebenarnya dibunuh berdasarkan kajian autopsi dan bukti lain, serta bercadang membuka semula siasatan kes tersebut.
- Pihak polis menolak permintaan untuk membuka semula kes dan menegaskan keputusan bahawa Cobain meninggal dunia akibat bunuh diri tidak akan diubah.
Vokalis Nirvana, Kurt Cobain sudah lama meninggal dunia. Cobain dilaporkan meninggal dunia pada 5 April 1994 selepas pihak berkuasa menemui mayatnya dengan kesan tembahan di kepala, pada usia 27 tahun. Kematian penyanyi Smells Like Teen Spirit itu cukup meninggalkan kesan besar bukan hanya kepada peminat tetapi industri muzik dunia.
Meski sudah 32 tahun meninggal dunia, Cobain tetap disifatkan sebagai legenda dan sentiasa menjadi rujukan. Terkini, sekumpulan penyiasat persendirian mendakwa telah membongkar insiden kematian Cobain.
Cobain didakwa bukan mati bunuh diri. Sebaliknya menerusi siasatan dan bukti autopsi yang dikaji, kumpulan penyiasat yang antaranya dianggotai Brian Burnett dan pengkaji bebas, Michelle Wilkins mendakwa vokalis legenda itu maut kerana dibunuh. Justeru, mereka bercadang untuk membuka semula kertas siasatan terhadap kes Cobain.
“Ini kes pembunuhan. Kita perlu melakukan sesuatu terhadap kes ini,” ujar Burnett kepada Daily Mail.
Wanita itu mendakwa menerusi kajian dan reviu yang dibuat terhadap autopsi Cobain, terhadap ketidak tentuan dan tembakan yang konsisten seperti tindakan bunuh diri.
Dia juga menyenaraikan sekitar 10 bukti lain yang didakwa menjadi penyebab kematian Cobain pada hari kejadian.
Antaranya, Cobain didakwa telah dipaksa orang pihak lain untuk mengambil dadah jenis heroin secara berlebihan sebelum seseorang menembaknya pada bahagian kepala lalu meletakkan senapang yang digunakan pada tangan serta meninggalkan sekeping nota bunuh diri.
“Hasil autopsi menunjukkan Cobain tidak mati ‘dengan cepat’ kerana ledakan tembakan. Autopsi menunjukkan Cobain maut kerana pengambilan dadah berlebihan, bukan kerana menembak diri sendiri,” dakwa mereka lagi.
Bagaimanapun pihak polis Seattle menolak untuk membuka semula kes tersebut.
“Detektif kami memutuskan Kurt Cobain mati bunuh diri dan keputusan ini tidak akan berubah,” ujar kenyataan yang dikelurkan kepada media sama.