Sekilas
- Fedtri Yahya jelaskan tradisi ‘salam kaut’ di majlis kahwin bukan bayaran makan, tapi lambang kasih dan adat Melayu.
- Beliau tekankan kenduri adalah semangat persaudaraan, di mana tetamu diraikan dan pengantin diberi hadiah sebagai bekal rumah tangga.
- Fedtri pesan jangan minta ‘salam kaut’ dan tuan rumah jangan kira jumlah yang diterima, kerana ia simbolik semangat jemaah dan budi.
Pengacara, penerbit dan penulis lirik, Fedtri Yahya tampil memberi penjelasan mengenai tradisi ‘salam kaut’ di majlis perkahwinan.
Menerusi hantaran di Threads, Fedtri berkata tradisi itu bukan bayaran untuk makan di kenduri sebaliknya ia melambangkan kasih dan adat Melayu.
“Membuat kenduri bukanlah mudah. Dalam semangat persaudaraan, tetamu diraikan dengan hidangan, pengantin pula diceriakan dengan hadiah sebagai ‘bekal’ membina rumah tangga.
“Bukan bayaran untuk sesuap nasi, tetapi lambang kasih dan adat Melayu yang tahu mengenang budi,” kongsinya menjawab persoalan netizen.
Dalam pada itu, Fedtri turut berpesan ‘salam kaut’ itu tidak perlu diminta dan tuan rumah juga jangan menghitung angka yang didapat.
“Itulah indah kehidupan Mukmin. Semangat jemaah menjadi cermin. Salam kaut. Kalau tak diberi, jangan ditanya. Kalau diberi, jangan dihitung* angka,” ujarnya.
Sumber - Threads