Sekilas
- Datuk Alha Alfa berkongsi tip penting menggunakan span solekan atau beauty blender dengan betul untuk hasil foundation yang kemas dan sekata.
- Span solekan perlu dibasahkan sehingga mengembang dan diperah sehingga kering sebelum digunakan bagi mengelakkan foundation bercapuk.
- Penggunaan beauty blender dalam keadaan kering boleh menyebabkan foundation tidak dapat disapu dengan baik pada wajah.
Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa berkongsi tip mengenai cara penggunaan span solekan atau ‘beauty blender’ yang betul bagi mendapatkan hasil solekan lebih kemas dan sekata.
Menerusi perkongsian di platform Threads baru-baru ini, Alha memaklumkan span tersebut perlu dibasahkan terlebih dahulu sehingga mengembang.
Kemudian span tersebut haruslah diperah sehingga kering sebelum digunakan untuk menyapu foundation (FD).
“Tolong la ek, sponge ala ‘beauty blender’ ni selagi nak guna untuk fd, tolong tolong lah rendam atau basuh sampai kembang. Lepas tu perah sampai kering baru guna.
“Bukan pakai hari-hari, kering kering dengan tak basuhnya. Lepas tu tanya kita ‘kenapa saya pakai fd AA bercapuk ek’” kongsinya.
Jelas Alha lagi, penggunaan ‘beauty blender’ dalam keadaan kering boleh menyebabkan foundation tidak dapat disapu dan diratakan dengan baik pada wajah.
“Ei siapa ajar pakai ‘beauty blender’ kering kering ni, meh sini jap kite borak tepi jap. Kalau pakai kering kering bukan dia tolong blend fd awak.
“‘Beauty blender’ tu yang pakai fd tu dekat diri dia. Faham tak, jadi awak gaduh lah dulu dengan dia. Awak yang nak pakai fd ke dia yang nk pakai fd tu,” tulisnya.