Skip to main content

Filem

“Bukan Hero Tapi Watak Saya Penting” – Zizan Razak

“Bukan Hero Tapi Watak Saya Penting” – Zizan Razak

Sekilas

  • Zizan Razak menerima tawaran berlakon dalam filem TERBANG selepas mengetahui ia mengangkat kisah legenda rali Malaysia, Karamjit Singh.
  • Watak Zizan sebagai mekanik Imran dianggap penting dalam melengkapkan penceritaan filem tersebut walaupun bukan watak utama.
  • Filem TERBANG arahan Chiu Keng Guan akan ditayangkan di pawagam mulai 17 September ini.
Advertisement

Pelakon dan pelawak Zizan Razak mengakui tidak berfikir panjang menerima tawaran membintangi filem TERBANG sebaik mengetahui naskhah tersebut mengangkat kisah legenda rali negara, Karamjit Singh.

Menurut Zizan, 42, dia pada awalnya mahu mengetahui lebih lanjut mengenai watak Imran yang ditawarkan kepadanya, terutama selepas dimaklumkan karakter tersebut merupakan seorang mekanik.

“Masa mereka cakap Karamjit Singh, saya terkejut. Memang saya tak tolak dah tetapi saya nak tahu lebih lanjut tentang watak saya.

“Bila diberitahu watak saya sebagai ‘pomen’ (mekanik), saya ‘ding-dong’ juga.

“Tapi bila baca sinopsis dan semua, saya tahu watak ini bukan sebarangan. Saya rasa tak ada sebab untuk tolak,” katanya.

Biarpun bukan teraju utama, Zizan melihat karakter Imran mempunyai kepentingan tersendiri dalam melengkapkan penceritaan TERBANG.

“Walaupun bukan hero, saya rasa watak ini penting. Jadi, saya terima dan cuba buat sebaik mungkin.

“Saya harap penonton yang tengok cerita ini gembira dengan kerja yang saya dah buat,” ujarnya.

Tambahnya, pembabitan dalam filem tersebut juga dianggap sebagai satu tanggungjawab kerana TERBANG membawa kisah kejayaan Karamjit yang pernah mengharumkan nama Malaysia dalam arena rali.

“Saya bukan sekadar bekerja di situ. Pada saya, ini tanggungjawab untuk menyelesaikan cerita sejarah ini terutama apabila melibatkan figura besar seperti Karamjit Singh.

“Jadi, saya cuba sebaik-baiknya dan meletakkan diri saya pada zaman itu, sekitar tahun 2000-an,” katanya.

Dalam TERBANG, Zizan menggalas watak Imran, seorang mekanik yang menjadi sebahagian daripada perjalanan pasukan rali dalam naskhah berkenaan.

Filem arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada perjalanan Karamjit itu bakal menemui penonton di pawagam pada 17 September depan.

Anda mungkin berminat dengan

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Must Watch Video

Advertisement