Skip to main content

Viral

“Bukan Kerana Tak Tahu Nilai Diri Tapi…” - Nur Shahida

Datin Seri Nur Shahida

Sekilas

  • Datin Seri Nur Shahida berkongsi tentang kekuatan wanita yang memilih untuk meninggalkan sesuatu yang tidak lagi memberi ketenangan dalam hidup mereka.
  • Beliau menegaskan bahawa bertahan bukan kerana tidak tahu nilai diri, tetapi memerlukan kekuatan lebih besar untuk melepaskan kehidupan yang telah lama dibina.
  • Datin Seri Nur Shahida memberi pesanan bahawa melepaskan sesuatu bukan bermakna gagal, malah memilih diri sendiri adalah satu keberanian yang patut dihargai.
Advertisement

Coretan usahawan Datin Seri Nur Shahida di Threads mengenai mengenai kekuatan wanita yang memilih untuk meninggalkan sesuatu yang tidak lagi memberi ketenangan meraih perhatian wargamaya.

 

Advertisement

Menurut Nur Shahida, ada wanita memilih untuk bertahan bukan kerana tidak mengetahui nilai diri, sebaliknya mereka memerlukan kekuatan lebih besar untuk meninggalkan kehidupan yang telah lama dibina.

 

“Ramai wanita bertahan bukan kerana tak tahu nilai diri. Tapi kerana untuk pergi, dia perlu mengumpul kekuatan yang jauh lebih besar daripada kekuatan yang selama ini dia gunakan untuk bertahan.

Advertisement

 

“Kadang-kadang bukan tak mahu pergi. Cuma belum cukup kuat untuk meninggalkan seluruh hidup yang pernah dibina,” kongsinya.

 

Dalam hantaran sama, Nur Shahida turut menitipkan pesanan buat wanita yang akhirnya berani memilih untuk meneruskan kehidupan dengan cara mereka sendiri.

 

Kata isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri itu, keputusan untuk melepaskan sesuatu tidak semestinya bermakna seseorang itu gagal atau kalah.

 

“Kepada semua wanita yang akhirnya memilih untuk pergi, jangan pernah rasa diri gagal. Tak semua yang kita lepaskan itu bererti kita kalah.

 

“Ada yang bertahan kerana cinta, ada yang bertahan kerana anak-anak, dan ada yang bertahan kerana takut dengan pandangan manusia.

 

“Tetapi apabila sampai satu titik kita memilih diri sendiri, itu juga satu keberanian. Hidup ini terlalu singkat untuk sentiasa merasa bersalah kerana memilih diri sendiri.

 

“Semoga setiap wanita yang sedang memulakan langkah baru dipertemukan dengan ketenangan yang selama ini dicari,” ujarnya.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement