Skip to main content

Filem

Bukan Mudah ‘Shoot’ TERBANG Di New Zealand, Pengarah Kongsi Cabaran Besar Jayakan Babak Aksi - “Risiko Memang Tinggi”

Bukan Mudah ‘Shoot’ TERBANG Di New Zealand, Pengarah Kongsi Cabaran Besar Jayakan Babak Aksi - “Risiko Memang Tinggi”

Sekilas

  • Pengarah Chiu Keng Guan menghadapi cabaran besar mendapatkan dua kereta antik yang hampir sama untuk penggambaran filem TERBANG di New Zealand.
  • Keselamatan pelakon menjadi fokus utama terutama dalam babak perlumbaan yang berisiko tinggi, dengan sokongan jurutera dan tenaga kerja profesional di lokasi.
  • TERBANG diinspirasikan daripada legenda rali Malaysia, Karamjit Singh, dan diharapkan dapat membangkitkan rasa bangga rakyat Malaysia terhadap negara.
Advertisement

Pengarah Chiu Keng Guan mengakui berdepan pelbagai cabaran untuk merealisasikan filem TERBANG terutama ketika menjalani penggambaran di New Zealand.

Menurut Chiu, antara kesukaran utama adalah mendapatkan dua buah kereta lama yang hampir sama selain perlu memastikan kenderaan tersebut mempunyai penampilan serupa untuk kegunaan penggambaran.

“Mencari kereta yang sama di New Zealand agak sukar sebab keretanya agak antik dan dah lama, jadi memang susah nak cari.

“Lagi satu, kita perlukan dua buah kereta yang kelihatan hampir sama dari segi pelekat dan pelbagai lagi.

“Perkara kedua, nak bawa semua kereta ke sana, beserta struktur dan barangan yang kita perlukan,” katanya.

Selain aspek teknikal, Chiu berkata, keselamatan pelakon turut menjadi cabaran utama memandangkan babak perlumbaan yang dilakukan mempunyai risiko tinggi.

“Cabaran utama adalah sokongan untuk para pelakon. Sebab risiko memang tinggi, kita perlukan jurutera di sana untuk bantu baiki kereta dengan kadar segera.

“Cara kerja tenaga kerja di sana juga sangat ketat tentang masa. Kita kena belajar dan hormati cara mereka yang sangat profesional.

“Cara mereka bekerja berbeza dengan apa yang biasa kita buat di sini, jadi kita belajar daripada mereka,” ujarnya.

Chiu berharap TERBANG bukan sahaja diterima baik penonton, malah mampu membangkitkan rasa bangga terhadap negara.

“Saya harap semua orang akan menyukainya dan penonton akan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia selepas menonton filem ini,” katanya.

TERBANG yang diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh turut dibintangi Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Nam Ron, Shweta Sekhon dan Diana Danielle.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

Must Watch Video

Advertisement